Wednesday, December 31, 2008

Martina

She is here again. I am going to see her next week. Plus, she will introduce me to someone. Who?? Oh my, cant wait!!

Kuku besi

Alkisah pagi ni, sedang aku masuk lif, si dia sampai. Dia tegur aku dengan muka garang and jerit my fullname. Aku senyum saja. Macam biasa, aku masuk bilik, nak mula je duduk, si dia tegur aku lagi.. dgn nada marah dia kata, "U tak tunggu pun I kat lif!!". Boleh ke dia jerit kat aku macam tu?? Mana aku nak tau dia suruh tunggu/ hold the lift? Dia tak cakap pun and at the time pintu lif tertutup, dia masih membelakangkan aku sambil tegur org lain. How do I know?? Plus dlm lif tu bukan aku sorang, ada few others yg in hurry. So what do u expect? Hampeh.com betul. Yang aku tak sanggup nak dengar, dia masuk keluar bilik dia few times dalam masa 5 minit sambil hempas pintu kuat2.. goshhhhhhhhhh.. dia nak tunjuk dia marah ke apa??? And baru sesaat ni, dia jerit dari dalam bilik dia tanya aku attend ke tak meeting at 9.00 ni.. grrrrrr.. tak kuasa aku nak attend meeting dia.

Nyawa dan cinta

Suka sungguh aku dengar lagu ini. Lirik yang mantap, mudah dan penuh makna. Macam dengar lagu dikir barat pun ya juga.

http://www.youtube.com/watch?v=5-mW1BRM2tY

Pasif

Berkomunikasi dengan orang yang pasif memang menyakitkan. Ligat kepala aku berfikir untuk memastikan dia bercakap. Kenapa susah sangat? Apakah ada intan belian dalam mulut? Ataupun tak gosok gigi?? hahaha.. whatever!

Tuesday, December 30, 2008

Mahu ku

Mahu aku menjadi aku, tiada samaran. Biar nampak jelas apa terpapar. Tidak aku menjadi ratu, di puja puji tiada makna.

Mahu aku merentas dunia, tiada henti. Biar jumpa apa dihajati. Tidak aku menjadi batu, tegak berdiri tiada erti.

Mahu aku bersama kamu, tiap waktu. Biar tahu apa mahumu. Tidak aku diam sendiri, tiada tahu apa berlaku.

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah

Hari pertama, awal tahun Islam. Langkah pertama ke dunia baru. Tiada yang lebih diharapkan melainkan perjalanan yang lebih teratur, mudah dan diberkati. Amin.

Tuesday, December 23, 2008

First

My first entry to my last blog.