Saturday, January 31, 2009

Pink

Awal aku bangun pagi ni. Rasa tekak macam tak best. Macam nak selsema. Cepat-cepat aku telan vitamin C 2 biji. Biar tak selsema. Harap-harapnya la.

Sempat jugak aku tukar background ni jadi pink. Dulu pink ni my fav color. Semua pink. Masa tu baru lepas SPM. Then after few years, aku suka merah pulak, semua merah. Lepas tu biru.. then oren.. now.. aku suka hijau.. cantik sungguh hijau. Err.. actually semua warna cantik.. kan kan?

Friday, January 30, 2009

Nyah

Setiap hari setiap pagi mesti ada suara ala ala lunak kat radio. Aku rasa macam nak muntah bila dengar suara lelaki yg sengaja dilembut2kan macam tu. Then, bila buka TV pulak, ada saja lawak-lawak bodoh, si lelaki berpakaian perempuan dan bercakap gaya perempuan. Lawak sangat ke???

Adei.. dah kehabisan idea ke para pelawak, pengacara dan penerbit drama sekalian sehinggakan karektor2 sedemikian yang didedahkan disorongkan ke telinga kita tiap tiap hari???

Oh please laaa ...... I am getting fed-up with all these 'nyah' thingssssss!


... err kenapa la aku serius sgt pagi ni? heee

Thursday, January 29, 2009

Apa saja

Jam 5.30am. Jalan masih sunyi sepi. Hanya ada sebuah kereta melepasi aku. Memang sunyi. Mana perginya manusia dan kereta-kereta yang tak pernah berhenti bergerak di siang hari? Masih terlalu awalkah waktu? Depan mata terbayang wajah-wajah ngeri.. ish kenapa pulak ada wajah-wajah menakutkan itu muncul? Tak.. aku tak takut. Yang aku takut, aku tak sempat sampai ke hospital on time. Mak sakit perut dari malam tadi. Salah makan agaknya. Aku tak sampai hati nak tunggu sampai siang utk hantar mak ke hospital. Nasib baik doktor kata tak apa-apa, cuma angin saja. Lega.

Demi mu ibu, aku sanggup redah apa saja.

Wednesday, January 28, 2009

How to be productive at work?


  1. Create or review your to-do list of what has to be done for the day.
  2. Prioritize your list by order of importance
  3. Complete your to-do's, crossing them off as you go. Re-prioritize as needed or as new projects come up.
  4. Tidy your desk before you leave. Prepare your work area for the next day.


and finally..

DO NOT CHATTING OR GOSSIPING WHEN AT WORK..

:D

Friday, January 23, 2009

Senangnya dalam hati..

Eheh.. aku garang ke? May be la kot.. aku tegas. Macam garang la jugakkan? haha.. Sometimes we just need to be that way to get the job done. Or else, tau tau je la kan. But do not underestimate, I can be sooooo loving too... eheks!

Esok, riuh rendah la semula rumah ni. Mak pun sampai esok juga. Rindunya kat mak. Senyum simpul jek aku satu hari ni bila kenangkan tentang mak. Senangnya dalam hati...

Thursday, January 22, 2009

Panas sejuk




heee.. rasa panas kejap. Ingatkan bila dah tolong dia, dia akan at least la said thank you ke apa ke, ini boleh ke dia sound aku?? Buruk sangka sungguh... kecik hati tauuuuu... Nasib baik la hotel kat sini ok, view cantik, sejuk balik hati aku nih.. :D

Bilik view laut, ada pulau kat tengah2, ada jeti, ada bot, ada masjid.. best la.. hotel pun hotel baru.. cuba teka kat hotel mana ni? hehe




Wednesday, January 21, 2009

Melaka

I will be in Melaka again for 3 days... starting tonight. What else? Nak makan ikan bakar kat umbai la kan? hehe.. jom!

Monday, January 19, 2009

Jari manis

Semalam, sedang sibuk berbual dengan adik, tiba-tiba pintu bilik di tutup. Aduila, tangan aku ada kat situ and dah tentu jari manis tersepit kat situ. Adei, nak marah pun tak boleh, sakitnya tuhan je yang tahu. Berdenyut sampai ke pagi ni. Lebam sikit segaris. Hilang sudah seri si jari manis. Heeeeee..

Lama dah tak rasa sakit macam ni. Bila difikir balik, sesekali rasa sakit tak apa apa pun kan? Haha sekarang boleh la cakap.. semalam masa sakit, satu suara pun tak terkeluar.. :D

Sunday, January 18, 2009

Martina

I am meeting Martina again tomorrow. She will be here until end of next week. We were in the same class during our years in Manchester Uni and worked in the same place after graduating. She is a German and now married to a Malaysian but still working in Manchester.

Her email this morning, remind me of Aziz, a guy (err sure or not? hehe..) whom I admired the most (syhh) when we were working together in one of our projects. He will be with her tomorrow and she asked me if I would like to meet up with him as well. Wohoo.. should I or shouldnt I?? Somehow, things have never been the same .... times change, people change too.

;)

Saturday, January 17, 2009

Subuh

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Thursday, January 15, 2009

Integriti

Kes fraud terbaru dalam Satyam menggegarkan dunia perakaunan. Kalau dulu, kes Enron menyebabkan Arthur Andersen 'mati', apakah kes Satyam juga akan menyebabkan 'PWC' mati juga?? Kalau big audit firms yang sepatutnya dapat memberikan independent opinion tapi tak melaksanakan tanggungjawabnya dengan betul, apatah lagi small audit firms yang baru merangkak?? Kalau sistem perakaunan sendiri sudah tidak boleh transparen, bagaimanakah ia boleh meyakinkan pengguna, pelabur, kreditor etc??

Kalau kes Enron menyebabkan timbulnya auditor ketiga (Sarbane Oxley Audit), apa pula nanti lepas kes Satyam??

Err.. actually, aku suka bila kes2 macam ni timbul, ia akan membuatkan dunia berfikir ... auditor/akauntan hanya manusia biasa. Rules/standards tak cukup utk control, yang penting integriti, kebertanggungjawaban, ethics bla bla bla...

Monday, January 12, 2009

Astora

Lepas lunch siang tadi, aku sempat duduk di sudut sofa, recaj laptop sambil cek email. Tiba2 seorang lelaki duduk di hadapan. Sangat ramah. Katanya, aku ada gaya seorang wartawan. Haha. Tergelak. Hanya sebab aku sedang mengadap laptop? Akhirnya dia perkenalkan diri. Astora Jabat. Nama itu agak familiar, tapi aku lupa tentang apa dia popular. Dia sibuk mengondem motif dan tujuan KEI-3 kali ini. Katanya, tidak ada beza dgn apa yang pernah dibincangkan selama ini. Aku hanya dengar saja. Nak komen? Aku tak tau banyak pun tentang itu. Hehe... Katanya dia kini wartawan freelance, dulu under Utusan. Dia punya blog dan invite aku utk baca.. alahhh aku lupa lak nama blog dia.. :D

Tadi, bila aku search tentang dia, baru aku ingat, dia lah wartawan kontroversi dan difatwakan sesat oleh MAIJ. Hmm.. patutlah aku rasa macam ada yang tak kena dengan inti percakapan dia tadi. Cerita dia yang paling 'menarik' ialah tentang Hamas dan Yahudi. Tentang sokongan senyap Mesir dan lain-lain negara Arab terhadap serangan Yahudi atas Palestin. Hmm..



Wallahualam.

KEI-3

I am today attending Kongres Ekonomi Islam ke-3 (KEI-3) untill 15th Jan. I guess, what bring me here is mainly because of my urge to know what is going on in the world of Islamic Finance and Banking.

Now, I realise the important of saving in Islamic banking etc as this will help promote Islamic Economy for ummah development. There is yet lots more to hear and think. Looking forward.

Terasa betapa ceteknya ilmu dalam bidang ini. But of course, nothing is too late.

Permission denied..

Suddenly, few blogs that I often visited are becoming so unfriendly. Permission is only allowed to invited readers only. Why and why am I not invited? Or may be the right question should be 'who am I to be invited?' Haha.. whatever. Its ok. You have your right to do so. With full respect, I will never question your reason.

Sometimes, when we think that we are so close, we are actually so far away. Distance can never tell who you really are. Words might come easy and go easy as well. That is the price you have to pay for a cyber life.

Shyssshhh.. am I complaining or what? Is this not something that I tried so hard before???

Saturday, January 10, 2009

O ma ma

I want to write something. Something that could ease me. Dont know what.

I feel like talking to someone. Someone who could listen well. Dont know who.

I feel like doing something. Something that could chase the tension away. Dont know how.

I guess I am missing something someone somehow. Dush!

A boring lonely night. O ma ma!

Friday, January 9, 2009

Ke-Sembilan

Sudah pun sembilan hari melangkah ke tahun 2009. Setakat ini, segalanya berjalan dengan baik. Harap-harap esok lusa pun macam ni juga. Assistant aku yang sorang tu dah berhenti. Now, in searching for a new one. Yang sorang lagi ni, macam nampak terbeban kena buat double work. Kesian jugak tengok dia kelam kabut. Banyak perubahan dia sekarang ni. Kalau mula-mula masuk kerja dulu, she is so timid, cakap pun susah. Now, dia paling banyak cakap, belum aku tanya apa-apa, dah berderet dia explain. Haha.. bagus-bagus. Kalau dulu surat2 yang dia draf aku kena edit teruk, now ni, aku puas hati setiap surat yg dia taip. Kalau dulu bila suruh call orang, dia tergagap2.. now ni, dia paling lancar.. pergh.. suka betul aku dgn cara kerja dia sekarang. Harap-harap, lama la dia bertahan dgn aku..

:D

Thursday, January 8, 2009

Hebat

Dia hebat. Dia rasa dia hebat. Malangnya bila dia rasa diri dia hebat, dia pandang rendah pada orang lain. Dia rasa tiada orang lain sehebat dia. Dia lupa, sebelum dia jadi hebat macam tu, dulu pun dia macam orang lain itu juga. Tapi, orang lain yang lain, tidak pula tergamak melayan dia macam dia melayan orang lain. Kasihan. Kehebatannya itu membuatkan dia lupa diri. Nauzubillah. Janganlah hendaknya ia jadi pada diriku.

Tuesday, January 6, 2009

Sedih

Pagi ini hati aku sedih, melihat wajah2 kecil terbaring kering airmata. Terlantar tindihan mayat2 di kejami yahudi tak berhati perut. Hanya sekadar gambar, belum lagi aku di situ. Sebak.

Sunday, January 4, 2009

Cinta Ini - Siti

Betapa engkau menyintai
Agongkan aku bagai sorang puteri
Selalu kau puja diri ku ini
.......

Namun terkadang ku rasakan
apakah sikap engkau berlebihan
aku wanita tak sempurna
bukan segilapnya batu permata

lalalalala....

Lantera Timur

Sedang dengar lagu baru dari album Siti Nurhaliza. Lagu-lagu dia memang selalu jadi favourite aku sejak mula2 dia start menyanyi. Sampai sekarang pun aku tak pernah miss dapatkan album2 dia terbaru.


Aku tak peduli kisah dia kawin dgn Tok K ataupun dia pakai tudung nampak rambut. Itu pilihan dia, itu kehidupan yang dia pilih. Yang aku peduli, aku nak dengar lagu2 dan suara dia yang lemak merdu.. hehe.. jgn marahhh..

Hakikatnya aku selalu berlawan arus dgn kawan2.. meraka tak suka siti, aku suka siti. Mereka suka Anwar, aku suka Pak Lah... err .. hahaha suka hati aku la nak suka siapa.. :D

Anyway, suara Siti masih merdu.. album kali ini, aku suka lagu Cinta Ini, but still masih belum dapat tangkap lirik dia sepenuhnya..

Friday, January 2, 2009

Liabiliti tertunggak

Aku selalu melihat kehidupan ini seumpama akaun. Apa jua transaksi harian yang kita lakukan, pada akhir tahun nanti, semua itu perlu balance. Seimbang antara liabiliti dan asset. Bukan mudah pun nak capai keseimbangan. Banyak liabiliti tertunggak tahun lepas. Hati dan perasaan orang yang aku tak jaga. Harap-harap, liabiliti tertunggak ini akan menyusut dan dapat aku convert jadi asset. If only i could!

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam aku menulis tentang tahun baru 2008. Banyak perkara yang berlaku, telah berlalu. Tahun lalu, aku biarkan takdir dan perjalanan masa tentukan segalanya. Tahun ini tidak lagi. Aku rancang dan akan aku usahakan agar apa yang berlaku nanti adalah apa yang aku inginkan, bukan sekadar impian. Semoga dipermudahkan dengan izinNya.

Aku teringat pada kata-kata seorang professor. Kalau menilai seseorang, jgn dinilai dari kisah silamnya, kerana kisah itu sudah berlalu. Nilai lah dia dari apa yg dia lakukan hari ini dan perancangannya tentang hari esok kerana itulah dia yang akan bersama kita hari ini dan esok.

Semalam sudahpun menjadi sejarah, hari ini kenyataan dan esok adalah harapan.