Thursday, April 30, 2009

Jangan Menangis

Hari ini hari Khamis
Aku takkan menangis.

Pantun dua kerat yang aku dengar kat radio tadi masa on the way pergi ofis. Betul. Aku tak boleh terus menangis. Aku kena terus bangun dan jadi unggul. Bukan tunggul. Ish.

Semalam, kawan aku sorang ni dtg jumpa. Soalan dia simple tapi menghiris. Aku tak sangka dia akan soal pasal tu. Hal aku dicerita dibelakang, diperkatakan. Merosak imej. Imej yg aku paling jaga selama ini. Sedih.

Pagi ni, lepas dengar borak2 di radio tu, aku rasa aku dah tak mahu pedulikan lagi apa org kata. Aku tak mau menangis lagi. After all, cerita mereka tak lengkap, ceduk sana sini, terus jadi cerita sumbang. Bodos!

Monday, April 27, 2009

Ole ole

Pagi-pagi lagi aku dah sampai ofis. Clear up mana patut. Bukan sebab semangat, tapi sebab aku tau nak dekat tengahari nanti sure mengantuk. Jet lag. Now ni pun aku tengah mengantuk la sgt. Nasib baik ada ole-ole kopok lekor. Assistant aku bawak dari tengganu. Aku pergi Canada, dia balik kampung. Just nice. Dia bagi kopok, aku bagi cokelat. hehe.. best2.

Kunyah2 kopok sambil hilang ngantuk ni boleh buat aku tambah berat. Err.. aku rasa macam slim sikit la balik dari sana. Almaklumlah tak makan nasi seminggu. Ni baru seminggu tak makan nasi.. kalau setahun, sure slim banyak kan? hehe boleh ke?

Sunday, April 26, 2009

Hong Kong Airport

Finally, sampai jugak kat HK airport ni. Kali ni lebih baik dari tahun lepas. Banyak masa sikit so sempat bershopping ala kadar kat duti free. Plus sempat update blog? hehe. Best jugak barang2 kat sini, tapi mahal ya amat.

Aku cuma nak lepaskan bengang dgn pompuan cina yg duk sebelah masa dlm flight tadi. Selamba jek dia on hp all the way 15 hours flight tadi. Flight baru turun dah sibuk cek message. Adui la.. tiada rasa tanggungjawab langsung.. :D

Saturday, April 25, 2009

Way Out

Finally, things reach the end. Four hours more to fly back home. Will be apart again. Till when? Time tells. May be Arizona, US in Dec?











ergh ... another 22hrs plus journey!

Friday, April 24, 2009

White Oak Mall


As usual towards the end, kerja pun dah hampir selesai dan dengan senang hatinya boleh la shopping mopping sikit. Tapi takde la nak mop sampai habis sebab bawak cash sikit jek. Rugi2.. tapi ada hikmahnya la jugakkan. Dah berabis duit kat Wal-mart baru la terjumpa Billabong sales! geram seh. Harus petang esok aku selinap keluar lagik pergi Billabong.. dui dui dui...

Isi perut sikit kat Taco Bell. Takde apa la yg dpt makan sgt pun, salad lagik. Heee harus aku kurus kering macam ni lama2 kat sini.. :P Erm.. tengah pujuk kawan makan kat Red Lobster. Harap2 dia nak laaaa kan. Rugi2 kalau tak makan bila dah sampai sini.

Tadi masa kat mall, jumpa kedai Dollarama.. ala2 kedai RM2 kat msia. Harga FM & Key chain Canada sedollar saja :D

Thursday, April 23, 2009

Banglo Idaman









Aku memang mengimpikan rumah sebuah gaya omputih. Balik dari rumah member, pusing2 tengok rumah orang. Cantik2.. simple tapi kemas. Bila la nak dapat sebuah? alalala...

Apa saja




Pictures tell everything. Dull weather that made me feel so lazy mizi dozi.

Petang tadi ada dinner kat rumah team member sorang ni. Apa je lah yang aku boleh makan n minum? So sedih. Nasib baik rumah dia cantik.

Wednesday, April 22, 2009

Coffee

Sejak sampai sini, coffee ni dah jadi my best friend. What else can keep me awake? Terrible. Tapi nasib baik coffee ni sedap.

Dah hari ke dua. Things getting difficult. Moga dipermudahkan.

Monday, April 20, 2009

London, Ontario

Finally, I arrived safely after 36hours journey. Perghh.. this is the longest travel hours I ever had. Yang buat lambat sebab transit kat Tokyo. Almost 8 hours transit. Then, flight delay lak from Toronto to London for almost an hour. Sampai kat airport tadi gelap gulita dah. A small town sure tak busy macam London kat UK tu kan, so acceptable.

For now, I am happy with this hotel room. Nice and cosy. Feel like home. Hopefully.Really need a good night sleep. Tomorrow agenda will be tough, for sure.

Wish me luck!

Saturday, April 18, 2009

So so

Few hours more. Yet, aku tak abis packing lagi. Apa yg buat jadi sangat lembab ni? May be sebab aku tak rasa excited sgt kot. Especially bila dapat tau kat sana sejuk ya amat. Besar bag kali ini bukan sebab banyak baju, tapi sebab baju tebal. Plus, kat sana pun bukan musim sales. Plus plus.. ish mak pun tak sihat sgt. Susah hati nak tinggalkan even for a short time. So takde apa yg buat aku looking forward nak pergi. Somehow, sebab benda ni dah plan lama. I have to settle kan jugak la.

Please wish me a safe journey. Really need that. Tq.

Wednesday, April 15, 2009

Bagai Ratu

Macam best lak status ni. Hehe. Positive thinking la kan. Bila rasa macam ratu tu, keyakinan diri lebih kukuh. Bukan lah nak minta treat macam ratu. Tapi macam rasa, central of attraction gitu. Orang semua dengar cakap kita, orang pandang kita menarik, tertarik.. hehe.. gaya cakap, gaya jalan, gaya duduk semua macam ratu. Itulah aku. Hahaha..

Memori

Pagi-pagi macam ni, aku rasa rindu pulak dgn masa lalu aku. Kawan-kawan yang meriah, waktu yg santai dll. Hmm.. ke mana mereka now ni?

Now ni aku hanya ada kenangan. Manis utk dikenang, sukar utk dilupa. Kesibukan membuatkan aku leka, semuanya sudah jauh tertinggal. Tanpa usaha mengembalikannya semula, aku rasa kehilangan. Hanya mampu, menyelinap lipatan2 memori indah dan senyum sendiri.

Dush.. awat la jiwang pepagi nih. :D

Tuesday, April 14, 2009

:(

Kadangkala memang kita kena korbankan masa, keadaan dan segalanya demi utk memastikan semua baik baik saja. Walaupun diri sendiri tak berdaya, tak kuat. Sekalipun tiada meminta balasan, sedikit sebanyak berharap juga agar pengorbanan yang secebis ini dihargai. Bukan aku mengeluh, bukan aku menagih simpati. Hanya meluah isi hati.

Adei.. aku ini membebel macam ni, ada ke yg tahu? Ada ke yang ambil tahu?

:(

Sunday, April 12, 2009

Bz ke?

Menyesal aku letak gambar org berat over 100kg. Setiap kali aku bukak blog ni, terasa ngeri la.. heee.

Pagi ni, ada offline message dari abang aku sorang tu. Membebel tentang hidup dia yg makin bz. Ke-bz-an yang melampau katanya. Hidup orang berjaya memang macam tu. Bz memanjang. Aku pun bz juga. Tapi tak lah tahap melampau lagi.

Hari ni aku tak mo lagi rasa bosan macam semalam. So, aku nak pergi KLCC ke or PAvillion ke.. nak cari kasut la.. aishhh kasut lagi..

Saturday, April 11, 2009

Tanya sama hati versi gemuk

Tanya sama hati
Apa asal gemuk
Adakah tandanya nampak dipandang
Makan lupa dunia
Lauk dan kuihnya
Punya tanda-tanda gemuk gedempol

hahahaha.. gila aku hari ni.. layan bosan. Ohh hari tu kata kat A
l.. kalau ada masa nak cari gambar org gemuk 100kg. Agak2 kalau aku lupa diri dan terus makan tak henti2.. sure akan jadi gemuk camni satu hari nanti kan? Arghhhh .. selisih!





Tanya sama hati versi P.Ramlee

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Weekend

Bila weekend macam ni dan bila tinggal sorang macam ni, aku rasa macam lonely. Takde kawan. Takde siapa. Kalau hidup macam ni berterusan, mampukah aku?

Bosan.

Thursday, April 9, 2009

Well done!

Finally, it works! yeeeiii happy yippiee.... Segala usaha berbaloi!

Aku nak tergelak bila baca email Brian tadi.. as if aku kat depan dia lak.. :D

well done!!

you understand now that it is all about determination - never, ever, give up!!

we should celebrate, i´ll raise a glass to you tonight!

090409

Hari ni besday dia. Baru aku teringat bila tulis date masa isi satu form tadi. Aishh macam mana boleh aku lupa tarikh keramat ni. Erm.. nak bagi hadiah apa? Adei.. part ni paling leceh. Aku selalu pening bila nak fikir pasal hadiah2 nih.

Tuesday, April 7, 2009

Visa

Starting 1st Jan 2009, processing fees for visa utk ke Canada dah kena in Cad$. Ambank, CimB and Maybank dah aku pergi. Satu pun tak buat Bank Draft in Cad$. Tak selesai urusan semalam, kena lah sambung pagi tadi. Awal2 lagi aku call Canada Embassy. Aihhh ..cuma Maybank Jln Ampang saja yg buat?

So, bergegaslah aku ke Maybank sana. Nasib baik ada kawan kerja sana, call dan minta dia siapkan. Sampai sana je, terus bayar dan bank draft dah siap. Then terus la ke Embassy tu, just on time. Hee.. settle satu hal. Esok petang je lah aku gi ambik visa tu.... boleh terus shopping mopping kat KLCC. :D

Monday, April 6, 2009

My promises

1. No more lift
2. No more nasi lemak or mee hun goreng goreng for breakfast
3. No more supper late night.


Enough is enough! :D

Boikot?

Sekejap je orang berkempen boikot KFC, MCD. Semalam masa ke Mines, penuh je both KFC and McD.

Aku ke Secret Recepie jek. Masih tahan hati jiwa dari makan KFC. Tak tertelan ayam goreng tu bila kenangkan anak-anak kecil tak berdosa kering airmata terbaring kaku.

So, masuk ke Secret Recepie. Not bad. Ayam grilled black pepper sedap. Apple kasturi juice pun sedap. Mushroom soup pun lazat.. err cuma spagettie yg adik aku order jek out. Dia gaul black pepper and cheese together in the tomato. Ouch!

Wednesday, April 1, 2009

Tokyo

8 hours transit? Apa nak buat lama2 kat airport? Might as well contact kawan kat sana. Tu pun kalau dia available. Erm..