Thursday, May 28, 2009

Leisure or Pressure

Right now, am getting bored with work. Need a break. Really!

Which one is better? Leisure or Pressure?

haha what a question la kan? Pressure is good but leisure is better.

merapu!

Tuesday, May 26, 2009

Apa sudah jadi wahai lelaki??

Aku masih tak rasa ngantuk. Aku nak mengarut sikit kat sini. Tentang lelaki. Ada beberapa perkara yang aku masih tak faham dengan perangai lelaki.

Situasi 1:

Kenapa masih ada lelaki yang kedekut dgn perempuan? Haha.. apa la. Ini kisah benar. Siang tadi, aku join sorang kakak ni dgn boyfriend dia keluar makan. Kakak ni kata nak makan kat satu kedai ni. Then bf dia kata, sana mahal. Kakak tu terus senyap. Aku rasa la kan, sure dia tersentap. Adei la, kalau aku jadi kakak tu, mahu aku mogok tak jadi lunch. Heee.. berkira sungguh. Dgn gf sendiri lak tu.. apa sudah jadi wahai lelaki??

Situasi 2:

Kenapa lelaki pemalas? Kisah benar juga. Pasangan yang sama juga. Kami duduk semeja. Aku dan kakak tu, ke kaunter order makanan dan minuman. Kakak tu order dua set, maybe satu utk bf dia. Lepas order kami duduk semula di meja. Bila makanan dah ready, org kat kaunter tu pun panggil suruh ambil makanan. Self service gitu. Tapi yg bf kakak tu selamba jek duduk buat2 tak dengar sambil picit2 hp. Kakak tu lah jugak dua kali ulang alik nak ambikkan makanan dia sendiri dan makanan bf dia tu. Adui lah.. aku tak boleh la tengok lelaki pemalas macam tu.. n harapkan tenaga wanita jek.. heee.. apa sudah jadi wahai lelaki??

Situasi 3:

Lelaki suka ambil kesempatan? Di kaunter tiket panggung wayang, sepasang suami isteri (sah la suami isteri kot sebab nampak si isteri macam sarat mengandung) sedang membeli tiket. Si isteri hulur duit kat kerani kaunter. Si suami hulur tangan ambil duit baki dari kerani kaunter. Dan hati aku pun berkata-kata, sungguh baik hati si isteri membelanja si suami menonton movie dan memberi baki harga tiket nya pada si suami utk 'simpanan'. Aiya! apa sudah jadi wahai lelaki???



Sindrom

Lately, aku terkena sindrom tak boleh tido malam. Adui la. Bukan ada benda nak buat pun. Setakat surfing sana sini, baca cerita politik itu ini... sampai aku rasa teramatlah bosannya. Malangnya mata tidak pula rasa kelat. Apa penyakit ni?

Dulu-dulu masa muda2.. err terasa lak tua.. hehe.. tukar2.. dulu2 masa budak2.. aku bersengkang mata nak berchatting. Seronok berchatting sampai thn mata tak tido. Tragis sungguh. Now ni, dah lama aku tak buat kerja gila tu. Aku tak rasa nak berchatting langsung now ni. Semua messenger aku tak on. Aman dah hidup aku. Satu kebebasan yang tiada tandingnya. Kebebasan Masa. Bukan bermakna aku dah lupa kawan-kawan. Aku ingat, aku rindu, cuma aku dah takde idea nak cerita apa..




Friday, May 22, 2009

Lepas geram

Semalam, aku bz berbengkel. Bengkel yg disusun atur oleh makcik sorang ni. Entah apa la angin dia, satu hari tu dia asyik jek nak ajak aku gaduh. Kalau aku tahu la, aku bakal dimalukan sebegitu rupa, harus aku tak attend. Sesedap rasa jek nak laser orang. Sampai ke malam ni aku tak boleh lupa jelingan maut dia sambil mulut dia muncung2 mengata aku. Adoi la.. awat lah org tua sorang ni tak sedar diri? Tamak dan entah apa lagi.. eeeii.. aku malas nak ngumpat banyak2 kat sini.

Macam biasa, aku senyum saja bila dia mengata aku depan2. Sampaikan sorang kawan aku ni kata, " steady jek u nih, senyum jek bila org kata macam-macam". Abis tu? Aku nak respon macam mana lagi? Takkan nak baling dgn kasut tinggi yg aku baru beli weekend lepas kat Alamanda? Sayang woo.. :D

Wednesday, May 20, 2009

Salah aku ke?

Lama betul aku tak nampak Datuk Y (gelaran paling glamer sebab gaya2 dia ala ala datuk gitu..) ni. Pagi ni baru terserempak. Dia nampak kurus betul. Mata pun nampak cengkung. Tak nampak happy pun. Ala.. dia saja buat2 tak nampak aku duduk makan depan dia. Sabar je lah. Bila aku tegur baru lah kelam kabut nak jawab.

Sajalah aku bergurau tanya, "takkan krisis kat Perak, u lak yg makan hati ulam jantung?". Selamba jek dia jawab, "krisis depan mata lah yg buat aku jadi macam nih. Lagi mau tanya?".

Err.. apa masalah dia? apa salah aku?

10 Simple Tricks



Tuesday, May 19, 2009

Karut Marut

Dia lurus. Lurus bendul kata org tua tua. Mudah mesra, mudah percaya. Kesannya dia mudah tertipu. Bukan sekali, malah berkali kali.

Aku sebenarnya kesian dengan dia. Entahlah. Hanya dia sahaja yang boleh tolong dirinya sendiri.

Dua tiga hari ni, aku sibuk layan hal orang. Orang mengadu itu ini. Segala yang aku rasa karut marut dulu tu, memang wujud rupanya. Masih lagi ramai yang membenarkan diri tertipu dan dipermainkan.

Aku? Minta dijauhkan lah.

Saturday, May 16, 2009

Distance

I ignore the distance to be affectionated.


but..


I cant feel any closer, if you keep a distance.



Wednesday, May 13, 2009

Not SMART enough!

Dah dua hari, aku lalu ikut SMART Tunnel around 8-9am. Dua2 pagi tu jugak lah aku stuck dalam jem kat dlm tunnel tu. Gila. Nasib baik aku tak jenis fobia stuck dalam terowong. Kalau tak, mau aku pengsan, panik dan entah apa2 lagik. Setengah jam rasa macam setengah tahun.

Macam mana la diorang boleh dapat idea bagi nama SMART kat terowong tu? Bagi la nama STUPID ke apa ke.. baru la betul. Apa tak nya kan.. masuk2 jek terus stuck dlm jem. Pastu kalau hujan lebat sikit, kena tutup. Entah apa apa la...

Tak sesuai langsung buat tunnel tu ditengah2 jalan yg dah sedia sesak.. nak masuk sesak, nak keluar pun sesak, lalu pun rasa sesak nafas.

Alahaaaaaaai..


Monday, May 11, 2009

Kebenaran

Dan si pakcik itu pun bersedih hari ini. Katanya, anak saudara dia kena tangkap jugak akhirnya. Sekalipun dia ada kawan di balai polis itu. Dalam nada suara yang sayu dia pun berkata, 'rupa-rupanya, bukan senang nak rasuah polis'.


hehe boleh tak kalau aku nak gelak hari ini?

Aku pun nak gelak jugak dgn keputusan mahkamah hari ini. Nizar still Menteri Besar Perak yg sah. Dan tak heran lah nanti, bila tiba2 para penyokong parti itu turut secara automatik terus yakin pada mahkamah dan perundangan. Hanya semata2.. keputusan mahkamah berpihak pada mereka. Kalau sebaliknya pula, makin kuat lah kutukan2 mereka.

Itulah PR. :D

Sunday, May 10, 2009

1, 2 dan 3

Dah berapa hari aku skip rutin kerja aku. Semua gara-gara hal-hal yang aku tak suka dan tak dapat dielakkan. Cuma hari ni, malam ni saja aku dapat mengadap semula PC dan settle few things yang tertunggak. Ada beberapa perkara yang aku nak highlight.

1. Dia lupa nama aku masa introduce aku dalam meeting minggu lepas. Padahal, kami sering bertegur sapa. Siapa la aku kan?

2. Dia (yang lain dari no. 1) nak buat surprise utk aku. Tapi tak jadi. Aku terdiscover 'surprise' dia yang dah tak surprise lagi. Haha. Ruginya.

3. Aku dapat reward. Reward dari usaha aku selama ini. Kata nya lah. Aku kata, aku tak harap apa-apa. Aku ikhlas tolong. Anggaplah itu hadiah dari keikhlasan aku itu. Katanya lagi.

Walaupun yang no. 1 itu buat aku upset, tapi yang no. 2 dan 3 itu buat aku senyum sampai malam ini. Best!


Thursday, May 7, 2009

Paku dulang Paku serpih

Pakcik ni (aku selalu address lelaki as pakcik bila aku tak suka dia, haha), selalu marah2 pasal undang2 kerajaan BN yg tak telus penuh rasuah etc etc. Dia tak percaya pada polis, pada mahkamah. Aku selalu hanya dengar saja. Malas nak gaduh mulut. Pagi ni, pakcik ni datang duduk sarapan satu meja dgn aku. Dia tersengeh lebar. Aku tanya kenapa happy sangat sedangkan punyalah serabut muka dia semalam. Aku tegur dia semalam pun dia tak jawab.

Dia kata, ada org buat report polis pasal anak saudara dia. Semalam dia risau. Hari ni dia lega sebab Sarjan Mejar yg urus kes anak saudara dia ni kawan baik abang dia. Dah belanja makan malam tadi and kes tu dah ditutup serta merta dan fail akan dihilangkan.

Dalam hati aku: Ceh! patut la kata undang2 tak boleh percaya, dia sendiri yg amalkan rasuah. Dia sendiri yg sokong rasuah. Paku dulang Paku Serpih. Mengata orang dia yang lebih.






Wednesday, May 6, 2009

Samseng

Samseng! Tendang terajang, tumbukan, hentakan sudah jadi mainan. Semalam, budak itu jadi mangsa. Kasihan. Memancut darah keluar. Tidak puas itu, di ambil pula parang, mahu di tetak, biar mampus katanya. 'Siapa2 masuk campur n report polis, akan jadi seperti budak itu'. Jerit si samseng pada org ramai. Oh, takut juga pada polis dan undang-undang? Biul!!

Aku jadi saksi itu. Saksi kepada kejadian yang selama ini aku nampak di skrin tv, tapi semalam di depan mata. Boleh ke aku berkata tidak nampak bila diminta jadi saksi. Siapa sgt si samseng tu? Aku tak takut laaa :P

Monday, May 4, 2009

Donno

I am supposed to finish up one important thing today, but I failed. Why? Because I am not in the mood. Why? Donno!

Some excitement just fade away, what left is dust!

Sunday, May 3, 2009

Sunday

Today is Sunday, not Monday!

haha.. aku bangun awal hari ni sebab ingatkan hari ni Monday. Yelahkan dah cuti dua hari sejak Friday. Bila dah terbangun awal, jgn haraplah aku dapat tido balik. So, mengadap pc lah hari ni kan, nak siapkan jugak satu article nih. Oh aku tak pernah cerita ek, aku dah mula menulis balik. So, today I have the whole day for writing.. yeah :D