Monday, June 29, 2009

Sutera

Hari ni dapat sepersalinan sutera Kelantan lengkap selendang. Katanya utk raya nanti. Cantik, warna kuning lembut. Boleh ke aku tahan sabar tunggu raya? Hehe.. rasa macam nak gi tempah kejap lagi je. Buruk perangai betul kan?

Tapi kan.. bila dapat hadiah2 macam ni, aku rasa kurang senang sikit. Mungkin memang ikhlas dia nak bagi. Cuma bimbang terhutang budi je. Minta-minta lah pemberian ini nanti tidak mempengaruhi apa apa.

;)

Wednesday, June 24, 2009

Cuba teka

Bayangkan, di dalam toilet, seorang perempuan sedang membelek2 bajunya dan membayangkan seolah2 dialah yang paling comel dan bergaya. Haha... Tiba-tiba, pintu toilet dibuka lama. Perempuan itu pun menoleh. Rupa-rupanya ada seorang makcik yang sedang tergamam dan teragak-agak hendak masuk. Alkisah, si perempuan itu dan si makcik itu sudah lama tidak bertegur sapa. Jikapun terserempak di tengah jalan, di tepi koridor, atau di tangga, masing-masing akan cuba mengelak dan tidak menoleh antara satu sama lain. Agak2nya lah kan.. apakah yang berlaku seterusnya?

1. Si makcik terus keluar tinggalkan si perempuan itu di toilet terkapai2?, atau
2. Si perempuan itu tegur si makcik itu dgn ramah dan pura-pura bertanya samada baju yg dipakainya itu cantik atau tidak, atau
3. Si perempuan itu bergegas keluar.


hehe.. cuba teka?

Tuesday, June 23, 2009

Lousy

Started feeling lousy this morning. Can I blame on the food that I ate last night? I cant control myself. I ate too much and couldnt sleep. Macammana nak get slimmer cepat macam ni? Adei.. ni mesti sebab dah letih ber 'combat dancing' kan? Letih then makan banyak.

??@@##$$%%&&**!!!

Monday, June 22, 2009

Fitness Dance Workout

Pergh... sungguh2 aku follow Combat Dance ni.. rasa macam berlatih bertumbuk tendang terajang orang jek.. hehe.. best2.. basah dgn peluh. Banyak la calories burn kan? :D

Beli Nestle Fitness Cereal and you will get free DVD for two type of dance for workout: Body Combat and Body Jam.

Memang power dance ni.. tak meletihkan tau and you will get slimmer faster ;)

Saturday, June 20, 2009

Gym

Petang tadi, berjinak2 ke gym. Kekok rasanya bila guna threadmill. Lama betul benda ni aku tinggalkan. Hanya dapat burn 35 calories saja... dan aku rasa malas nak teruskan. Haha.. apa nak jadi daaa..

Thursday, June 18, 2009

Kita Serupa

Sejak aku jauhkan diri daripada makcik sorang tu, hidup aku aman sekali. Aku tak lagi jadi mangsa makcik sorang tu. Mangsa terbaru dia ada lah kawan aku sorang ni. So, tadi dia mengadu bagaimana dia kena 'blunt attack' depan orang ramai. Sesuka hati mak nenek makcik tu jek nak laser orang kat mana2 dia suka.

Wednesday, June 17, 2009

Degil ke?

Sudah terlalu lama aku tangguhkan isi borang itu. Alasan aku, aku malas isi borang. Boleh tak someone isikan utk aku? Atas sebab soalan aku itu, aku kena perli. Sakit telinga. Katanya, "Kalau isi borang utk kebaikan diri sendiri pun malas, itu memang betul-betul punya malas." Ceh.. laser sungguh!

Cuma mungkin dia tidak tahu satu perkara. Kemalasan itu bukan sebab sebenar. Yang sebenar-benarnya, aku tidak mahu, tidak suka dan tidak berminat. Aku tahu dengan hanya mengisi borang itu dan menghantarnya, pasti kerja itu akan jadi milik aku. Masalahnya sekarang, ulang sekali lagi ye.. aku tidak mahu, tidak suka dan tidak berminat.

Astagafirullah.. apa la degil sangat kan? :D

Monday, June 15, 2009

Panas

Cuaca panas hari ni. Tadi nampak mendung sekejap, macam nak hujan tapi panas balik. Kalau panas-panas macam ni, dapat minum cendol or ais kacang tentu enak.

Hari ni aku tertinggal hp lagi. Kerap sgt aku tertinggal hp lately ni. Ia bukan lagi satu aset yang penting. Kalau takde lagi la aman hidup. Ye la sangat.. kerana tertinggal hp jugalah aku tak tau meeting pagi tadi dibatalkan. Cis!

Satu lagi, bahayanya tertinggal hp ni ialah bila ia kerap berbunyi dan menarik perhatian orang disekitarnya. Maka akan terdedah lah rahsia-rahsia yang tidak sepatutnya diketahui umum. Hehe.. so jawablah sebaik2nya, ya. :D

Saturday, June 13, 2009

Aerobik

Setelah sekian lama, akhirnya, aku on balik aerobik. Tapi kali ini hanya di depan TV, seorang diri. Bebas & penuh aksi. Peluh pun tak sabar2 membasahi tubuh yg sekian lama kekeringan.. pergh ayat.. hahaha

Friday, June 12, 2009

Aku dan Kamu

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu harapkan
Kau dan aku bisa bahagia

Airmata disisi ini
Saat kamu jauh di sana
Jangan ada selimpuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku
Tidak mahu orang ketiga menghancurkan
Kerana cinta telah lama disatukan

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Kerana cinta dan asmara kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Diantara kita tidak ada siapa mengganggu..

Mungkin aku bukan yang terbaik

Mungkin aku bukan yang terbaik untukmu
namun kucuba menjadi yang terbaik
jika bukan untuk kamu
sekurang-kurangnya aku melakukannya
untuk diriku sendiri

Wednesday, June 10, 2009

Lame excuse!

Yes! Aku berjaya membuatkan mereka yakin bahawa aku tak sihat dan perlu ke klinik petang tadi. Sebaik saja keluar dari ruang itu, aku rasa macam nak muntah, loya etc.. opps.. takde apa makna ye. Ia cuma reaction to a boring and unacceptable situation. Hampir tiga hari aku terperangkap bermesyuarat dgn orang2 yg merasa diri mereka hebat. Aku dah tak lalu nak terus stay and listen to them.

Finally, aku dapat pulang awal dan menonton tv tadi.. oh silap, tv yg menonton aku! :D

Help

Sometimes, you just want to be away from friends or families. Itu adalah saat2 hati kusut masai.

Help!

Tuesday, June 9, 2009

Sesekali

Di pagi yang indah ini, aku terasa ingin..ingin.. ingin..























berjogging.. tapi.. masa tidak mengizinkan.. :D

Sunday, June 7, 2009

Vitamin dan aku

Aku tak sihat. Demam selsema. Masa masa macam ni lah, tercari-cari vitamin daily kot-kot la ada lagi balance. Hehe.. kalau cello baca ni sure dia gelakkan aku. Vitamin C banyak lagi, so aku telan la awal-awal. Daily jek dah kehabisan. Isk... aku ni dah depended sgt dgn vitamin kot ek? Bila tak makan rasa weak, rasa macam nak demam. Opps.. dah demam pun actually. Aku jek buat2 tak demam. Malas nak layan.

Dah lama jugak aku amalkan makan vitamin. Sejak belajar dulu. Tapi vitamin yg biasa2 la, yg dijual kat farmasi. Especially B12 utk kuatkan memori. Memang ajaib. Macam magic. kalau makan B12 tu, memang lapang jek otak senang nak ingat. Then bila start kerja, aku mula makan multi-vitamin. Takde lah rasa penat sgt. Until one day, one of my friend introduce daily vitamin from Amway. Not bad. Memang best sgt rasa pagi esoknya lepas telan sebiji malam sebelum tidur. Macam apa jek bunyi ayat aku ni kan? hahaha..

Another vitamin yg selalu aku telan is Vitamin C, tujuannya nak pastikan kulit sentiasa cantik dan bermaya. Hehe.. tak payah nak botox2 or suntik vitamin C. Makan vitamin C consistently, wajah anda akan sentiasa cantik berseri.. hehe.. free promotion nih! Anyway, bila rasa nak selsema, telan lebih sikit. Cepat la elok.. harapnya la..


Tuesday, June 2, 2009

Mak

Dah lama tak cerita tentang mak. Bukan aku tak mahu cerita, cuma mungkin aku tak sanggup nak cerita.

Jumaat lepas, Kak Ngah sampai dari sabah. Kesan dari panggilan telepon aku yg melampau. Aku call dia sehari sebelumnya, aku cerita tentang mak. Mak demam, kakinya bengkak, susah nak jalan. Cerita yang aku ulang2 banyak kali pada abang2 dan kakak2 aku yang lain sejak hampir sebulan lepas. Mereka datang, jenguk mak dan pulang. Tiada apa-apa kata mereka. Kak Long pulak, janjinya nak sampai minggu lepas, tak sampai2 juga. Sibuk dan kena tunggu cuti sekolah. Ye, semua sibuk. Sibuk sangat. Nasihat paling mujarab, berilah panadol, nanti surut lah demam tu.

Tapi kaki mak bengkak, mak susah nak jalan. Dah hampir sebulan. Masih begitu. Aku risau. Aku cuba terangkan. Bawalah ke hospital, kata mereka lagi. Mak taknak! Aku rasa nak jerit, biar mereka faham. Tapi tak terkeluar. Tenggelam dalam sebak. Tak apalah, aku mengalah. Aku jemput doktor dari klinik datang ke rumah, tengok keadaan mak. Doktor pesan, tak boleh biarkan. Bawa lah ke hospital, katanya. Aku bingung.

Jadi, Khamis lepas puncak segalanya. Aku call Kak Ngah, cerita pada Kak Ngah, penuh perasaan. Tak sangka pula, esoknya, Kak Ngah tiba-tiba sampai depan rumah. Aku lega. Terus Kak Ngah pujuk mak bawa ke hospital. Berkesan. Mak setuju. Akhirnya. Kerisauan aku selama ini memang berasas. Darah tinggi, jantung lemah, kencing tak lawas, semua ada. Kesan dari tu lah yg buat kaki mak bengkak, demam pasang dan surut.

Lepas tu, baru lah masing2 sibuk call tanya itu ini. Adeila.. takkan setakat bertanya je? Datang lah sini, berbuatlah sesuatu.. aku tak mampu lakukannya seorang diri.

Aura kasih - Puncak Asmara

Aku suka cara kamu membuatku jadi jatuh cinta
Salah tingkah ku jadinya, serasa mabuk asmara
semua yang ada padamu, mampu bangkitkan hayalku
rasa ingin aku bercinta dengan kamu
hangat sentuh jemarimu, saat kau sentuh cintaku
kau bawa ku tinggi ke puncak asmaraku

Tak ku sangka kamu tau semua rasa yang aku mau
Aku suka cara kamu membuatku jadi jatuh cinta
salah tingkah ku jadinya, serasa mabuk asmara
semua yang ada padamu, mampu bangkitkan hayalku
rasa ingin aku bercinta dengan kamu
hangat sentuh jemarimu, saat kau sentuh cintaku
kau bawa ku tinggi ke puncak asmaraku

Pikir cinta ini
lelah tuk sesaat
aku masih selalu butuh dia

semua yang ada padamu, mampu bangkitkan hayalku
rasa ingin aku bercinta dengan kamu
hangat sentuh jemarimu, saat kau sentuh cintaku
kau bawa ku tinggi ke puncak asmaraku