Friday, July 31, 2009

Kurus?

Dua minggu lepas, aku tempah kebaya dan baru je sudah mencubanya. Besar kebaya tu dibahagian pinggang dan punggung. Memang tak kemas kalau pakai. Bila aku talipon tukang jahit tu, dia kata dia betul2 ikut ukuran. Erm.. samada aku dah kurus, atau si tukang jahit yg silap ambil ukuran orang lain.

Betul ke dah kurus? Heee.. tapi ada lah rasa ringan sikit. Berjaya la jugak diet aku selama ni ek?

:D

Thursday, July 30, 2009

Merah

Lately ni aku minat merah balik. Merah, pink or orange. Masa kemas bilik ofis baru2 ni, aku beli kotak pink yang terang utk simpan paperwork aku yg melambak tu. Sempat juga aku cat sebahagian dari dinding bilik warna merah terang. Haha. Sangat matching tau.

Then baru-baru ni, aku beli kasut warna merah menyala. Sangat cantik. Tapi malangnya, kasut kulit itu menyebabkan alahan pada kulit. Itu kata doktor. Gatal2 teruk sangat...Alahai.. dah lah mahal harganya, dapat merasa pakai dua kali je. Sedih tau.

Tapi itu tidak memadamkan minat aku pada merah..

Oh ye.. baju raya tahun ni tentulah merah .. haha

Thursday, July 16, 2009

Sukar

Menulis menggunakan bahasa baku. Bukan mudah. Berkali-kali memadam dan membetulkan ayat. Selama ini, tulisan dan percakapan saya menggunakan bahasa rojak. Itu bukan bahasa sebenarnya. Pencemar bahasa. Cubalah anda, menulis serangkap ayat menggunakan bahasa melayu seratus peratus tanpa terselit bahasa pasar atau bahasa inggeris. Tentu sukar, bukan?

Sebenarnya saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menyiapkan buku yang sudah lama terbiar. Harapnya selepas dua tiga muka surat nanti, ayat-ayat akan menjadi lancar dan mudah. Bagai orang bercinta lagaknya, cuba mengolah kata tapi tiada ayat sesuai.

Friday, July 10, 2009

Bosan

Aku rasa makcik makcik kat ofis tu semua tengah meroyan kot. Asyiklah nak mengamuk tak tentu pasal.

Statement paling hot makcik sorang ni masa meeting:

"I tak suka lah orang komplain-komplain. Ini cara I buat kerja. I buat cara I lah."

Ish.. sampai ke malam ni aku tak leh nak lelap mata, asyik jek la terngiang2 suara berdesing dia ni.

Bosan la dah bekerja dgn diorang ni.. hmm..


Wednesday, July 8, 2009

Out of space

Lately ni aku rasa macam upside down jek. Sebulan sekali memang macam ni kot ek? heee.. anyway, saat-saat macam nilah rasa macam apa jek. Semua serba serbi tak kena. Aku rasa macam out of space pun ada. Takut pada benda yang entah apa-apa. Mana hilangnya rasa keyakinan diri aku selama ni?

Tuesday, July 7, 2009

Mata hati

Wahai hati kenapa berduka?
Lihatlah keluar, indahnya cuaca. Tidakkah tersentuh hati melihatnya?


Wahai mata kenapa bertanya?
Lihatlah ke dalam, fahamilah rasa. Tidakkah terpancar apa di dalam?

Lihatlah aku dengan mata hati, jangan tertipu lakonan wajah.

Stroke

Kawan saya muda lagi. Eh, kami sama-sama masih muda. Tapi nasibnya malang. Dia kena stroke dua hari lepas. Separuh badan tidak berfungsi lagi. Itu berlaku hanya selepas dia makan-makan di Alamanda. Mungkin sebab tersilap makan, mungkin juga dia tak aware tentang blood pressure or kandungan kolesterolnya, maka dia kena attack.

Doktor kata, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan lagi bila stroke menyerang golongan muda. Ia sudah perkara biasa.

Hmm.. jadi, kenalah amalkan cara hidup sihat dan jangan stress keterlaluan. So far, I am in control. Ye ke?

Monday, July 6, 2009

Tiga is Three


Kata mereka, three is a crowd.
Kata dia, tiga itu meriah.
Kata saya, dont you dare!



well.. it really depends on whats in your mind. Haha..




Friday, July 3, 2009

Lain dari lain

Kita tak perlu jadi orang lain untuk diterima. Kita hanya perlu jadi diri kita. Terpulang pada orang lain untuk menerima kita. Mungkin kita perlu sesuaikan sedikit diri kita untuk diterima. Tapi tak perlu menjadi orang lain. We just need a little adjustment to be nice and fit together.

Bukan kah sesuatu yang berlainan itu lebih menarik dan unik untuk diterokai?

Wednesday, July 1, 2009

Terpeleot lagi...

Pagi tadi settle semua kerja. Settle je kerja, aku terus ke klinik. Haa.. buku lali makin membengkak rupanya. Dapat ubat susut bengkak dan tahan sakit. Then balik rumah terus and lepas telan ubat .. terlena hinggalah ke petang. Tak sedar apa. Kuat betul penangan ubat tu kan? Somehow, kena jugak pergi urut ni sebelum terlambat.

haihhh.. kenapa lah asyik2 terpeleot kat tempat yg itu itu jugak?