Wednesday, December 29, 2010

Thank you 2010

Lama juga tak menulis di sini. Semakin sibuk, kononnya. Rasanya, tahun2 akan datang mungkin akan lebih payah utk melihat aku di sini. Untuk apa pun kan? Dari enam rasa menjadi lima rasa dan kini tinggal satu rasa. Hehe.. tak de apa2 .. saja merapu. Mencari keserasian jari jemari menaip diblog ini.

Anyway, ada satu cerita menarik petang tadi, amat memberi kesan dan boleh juga dijadikan pengajaran dan tutup tirai 2010 ini. Tapi tak apalah aku pendam saja lah di hati. Sama macam cerita cerita lama dulu dulu. Something is better left unsaid, gitu.. Yang nyatanya, pengalaman bertambah dlm menilai hati dan keikhlasan seseorang, sekalipun org yg paling rapat dgn kita. Dalam gelak tawa penutup kata tadi, aku tahu, ketawa itu tidak ikhlas, ketawa itu ketawa disengajakan. Biarlah, yang penting aku ingin padamkan dan lenyapkan segala rasa yang tidak selesa. Tinggalkan bersama 2010... Andaikata tahun depan, aku, dia dan mereka-mereka bersua dan ketawa lagi, aku hanya boleh harap, ketawa itu nanti benar2 ketawa gembira.

Masih ada 3 hari lagi, harap2nya adalah sesuatu yang menggembirakan sebelum tibanya 2011. Somehow, I love 2010, full of sweet memories...love n happiness. :)

Thank you 2010.

Saturday, December 4, 2010

Bila hati dah tak suka...

Kalau hati dah marah, dah tak suka, dah benci, maka keluarlah macam-macam yg buruk. Even, yg dulunya wangi pun dah jadi busuk. Aku pelik dengan orang yang macam ni. Kalau nak cari bukti pun, nak cari bukti yang menyokong kata-kata dan umpatan dia je. Kalau yang nyata tidak menyokong segala umpatan dan kejian, maka akan turut menjadi bahan umpatan dan kejian. Manusia jenis apakah itu?

Monday, October 25, 2010

Rezeki

Aku tak patut rasa tension pagi-pagi ni. Sebab semuanya salah aku jugak. Cepat sangat nak commit, cepat sangat setuju. Baik sangat. Ye la tu baik sangat. Masalahnya sekarang, kerja lama tak siap lagi, aku dah nak kena start buat kerja baru. Bukan kah itu maknanya aku saja cari pasal? Susah sangat ke nak menolak? Aku ada seminggu dua ni je lagi. Itu bermakna, aku kena kerja siang malam. So, kalau tengah2 malam korang nampak aku online, sila2 lah tegur ek.. tidak lah aku keseorangan.. :D

Somehow, aku patut juga bersyukur dengan apa yang berlaku lately ni. Alhamdulillah, rezeki sentiasa berpihak pada aku. Life is not that bad, after all. Yang penting, usaha dan biarlah apa orang lain nak kata. Masih ada yang sayang.. gitu.. hehe. I'm happy now, and hopefully forever. Amin.

Rezeki ini semua kan milikNya, kita hanya dapat secebis dari nikmatnya. Itupun sudah rasa terlalu bahagia.

Monday, October 11, 2010

Stuck

Kerja aku banyak... memang banyak. Sampaikan, aku tak tahu nak buat mana satu dulu. Semua nak kena buat dulu. Adui lah.. pagi2 Isnin macam ni memang selalu buat aku tension. Dah la tu, sampah sarap bertaburan kat depan ofis.. manalah cleaner nih.. agaknya sama tension dgn aku kot sampai tak buat langsung kerja dia.. hehe senasibbbbb.

Saturday, October 2, 2010

Rumah Terbuka

This week saja, entah berapa jemputan rumah terbuka. Aku pergi hampir ke semuanya.. haha.. weekend ni pun ada lagi .. entah larat entah tidak.. tapi kan kalau dah dijemput kena pergi kan? Makanan lazat2 belaka.. mewah sungguh dengan makanan. Kadang-kadang tu aku terkenang juga pada mereka yang susah, dapat ke mereka merasa?

Petang tadi, aku ke open house rakan sekerja di Bangi Villa. Hebat rumahnya, ialah kan.. husband dia pun pilot.. mana lagi nak buang duit kalau tak ke rumah. Hehe. Aku bukan nak bercerita pasal rumah dia, tapi aku jumpa guru sekolah rendah aku.. haha.. rupanya mak dia tu cikgu kat sekolah aku dulu. Sabar je la. Maka banyak lah cerita-cerita lama yang keluar. Seronok nya lah!

Pengajarannya ialah.. rajin2lah pergi kalau ada jemputan rumah terbuka tuuu.. eheks! untung2 jumpa kawan lama or even cikgu sekolah rendah! :D

Wednesday, September 22, 2010

Penyakit lepas raya

Raya dah hampir dua minggu. Boleh ke nak wish Selamat Hari Raya lagi? Cuti raya panjang sangat sampai rasa dah cukuplah beraya tu. Bosan pun ada jugak. Tak pernah lah aku rasa bosan berhari raya macam ni. Apa nak buat? Yang pergi tetap pergi, tinggal kita jelah pandai pandai menyesuaikan diri. *Sigh*

Anyway, rasanya aku ni ada satu penyakit baru. Tapi tak confirm lagi. Hopefully tak lah teruk sangat. Kalau teruk pun, pandai2 lah aku cari ubatnya kan? Hehe.. macam teruk je bunyinya. Bukan lah apa sangat. Aku dah mula kuat makan. Huahuahuaaa.. bulan puasa turun tak sampai 5kg, rasanya lepas raya ni aku naik lebih 5kg kot? adoi la.. so aku kena cari ubat nak kuruskan badan or kurangkan selera makan dengan segera.. ada suggestion?

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan

7 hari lagi akan berakhir Ramadhan. 7 hari lagi kita akan berhari raya. Raya pertama tanpa kedua insan tersayang. Kalau dikenang-kenang memang menyedihkan. Cuma aku saja yg sentiasa buat-buat sibuk, tidak mahu berduka. Sampaikan, birthday aku on 2408 tu pun aku hampir terlupa.

Makin bertambah usia, semakin menakutkan. Takut pada dosa dan kealpaan masa lalu, takut pada Dia, takut pada hukumnya. Tahu, Dia maha penyayang, maha pengampun. Lekanya aku, terkadang mengabai waktu yg wajib. Lekanya aku, terkadang lupa berterimakasih atas nikmatNya. Dibanding aku dengan insan yg lain, yang sama-sama sujud, apalah ada sangat pada amalku. Dibanding aku dengan mereka yg lain, yg tak pernah leka dalam mengingatiNya, apalah aku pada sisiNya? Ya Allah, aku terlalu ingin dekat padaMu, dalam setiap detik nafasku. Kau yg mendengar dan mengetahui. Kasihanilah aku. Tetapkanlah hatiku agar sentiasa dlm jalanmu. Aminnnnnnn...




Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan kembali lagi

Hari ni dah 7 Ramadhan. Alhamdulillah, baru ada kesempatan nak menulis.Petang first Ramdhan, aku di kejutkan dengan pemergian Ucu, adik mak yg kedua. Tak sampai setahun dia ikut jejak kakaknya. Sedih, tapi itu mungkin yg terbaik utknya setelah keluar masuk ICU beberapa kali. Moga Allah rahmati roh bonda, ayahanda, ucu dan mereka yg telah pergi meninggalkan kita semua. Amin.

Ramadhan kali ini terasa agak kosong. Tahun lepas aku sibuk berulang alik menjenguk mak di hospital JB. Kali ni, aku hanya di sini. Walau apa pun hidup mesti diteruskan. Oh ya.. sahur aku cuma tiga biji kurma Ajwa dan air kosong... terasalah slimnya selepas seminggu puasa.. hehe thanks to Ustad Zayed kita yg bagi idea ni. Agak2 lepas sebulan nanti, berapa lah berat aku ek? :P

Thursday, July 29, 2010

Cerita dulu

Semalam, aku menyelongkar fail lama. Actually dlm process nak spring cleaning la konon. Tapi terasyik membaca. Pagi ni kerja-kerja menyelongkar dan menyusun bersambung lagi. Dalam penyelongkaran itu, aku terjumpa chat log aku masa kerja kat UK dulu. Aku print chat log tu dalam email address yg lama. Email address yg aku dah lama lupa pernah wujud. So, aku berusaha nak retrieve email tu.. tapi passwordnya aku tak ingat. Nasiblah. Memang jadi sejarah lagi lah email tu. Kebetulan atau suratan, setiap kali aku selesai satu kes/hal dgn seseorang mesti email yg paling banyak aku gunakan utk berurusan dgn dia tu akan lenyap.. samada tetiba je terus tak boleh login ataupun, aku terlupa terus nak login. Mungkin ada hikmah disebaliknya kot la kan?

Somehow, aku pun dah happy dgn life sekarang. Jarang sekali la aku nak rasa sakit hati ke, benci ke apa ke.. tenang je gitu. Mungkin sebab tu juga aku jarang update blog ni. Sebab dah takde lima enam sepuluh rasa lagi macam dulu.. hehe. Or maybe.. lepas2 ni aku cuma tulis kisah2 gembira dalam hidup aku je kot? Semoga berpanjangan lah kebahagiaan aku hari ini, hendaknya.

Oh ya, now ni lagi la aku happy sebab kak long aku yg kat Johor tu, dah hampir tiga minggu bercuti seorang diri kat rumah aku ni. Happynya la ada teman bersembang sampai pengsan.. ehhh pastu dia rajin masak lak tu.. ada je benda yg nak dimasaknya. Aku lak tukang makan.. err makin gemuk lah camni.. hehe

Tak lama lagi Ramadhan, sekiranya tak ada kesempatan nak menulis di sini lagi.. aku susun sepuluh jari, mohon keampunan moga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya. Amin.

Friday, May 28, 2010

Update

Apa aku nak updatekan pun tak tau. So far, nothing interesting. Cuma seminggu dua ini, ingatan aku terlalu kuat pada mak. Rindunya tak terkata. Allah saja yang tahu. Kalau dapat aku putarkan balik waktu, ingin sekali aku baring atas pehanya, bercerita macam selalu. Ya Allah, rahmatilah rohnya dan tempatkan lah bonda ku di kalangan mereka yang beriman. Alfatihah.

Minggu ni, aku akan ke Johor lagi. Kali ni Ucu, adik mak yang kedua bongsu pun kini terlantar tenat di ICU. Sama seperti keadaan mak dulu. Keadaan yang sebegini lah juga yang buat rindu aku semakin meronta-ronta dan hati aku meruntun hiba.. :(

Sunday, April 18, 2010

One and Only

Dalam kesibukan aku ni, sempat jugak aku siapkan satu buku.. hehe segan nak kasi tau. Aku dah hantar pun kat publisher. Esok the editor nak jumpa utk approve typesetting. Hopefully, tak banyak lagi nak ubah. Aku tak sabar nak tengok satu-satunya hasil kerja aku ni... One and Only

Kalau lah buku ni dapat sambutan, seronoknyaaaaaaaaaa.. :)

Bersangka Baik

Lama juga aku menyendiri rupanya. Merajuk kononnya. Heee.. lama jugak rupanya. Yelah sejak kenduri terakhir kat rumah kakak aku sorang tu. Aku kecik hati kot ek, merajuk tapi takde yang pujuk. Padan muka aku. Sebabnya takde org yang tahu pun aku merajuk. Haha.

Sebenarnya, aku bukan pun nak plan merajuk lama2 macam ni, terkebetulan aku terbz terus dgn kerja. Lepas tu, hp aku terjatuh and rosak, terus terbeli hp baru dan terus tukar no telepon. Aku lupa lak nak update kawan-kawan dan adik, abang dan kakak aku tentang no baru tu. Hehe.. nasib la kan.. dah tu, diorang pun tak cari aku kat sini??

So, semalam aku call la kakak aku sorang tu, terus dia mengamok membebel tak berenti. Tadi, aku kena pergi rumah dia, kena sambung lagi bebel. Cis.. kalau aku tahu kena macam tu tadi, harus aku tak call langsung.. ngeee.. nasib la kan menyerah diri. Abang aku lak kata dia ingatkan aku ke oversea ke apa ke sebab dia call tak berjawab, sms tak ber reply.. hehe ada gak rupanya usaha dia nak mencari ek? Ataupun.. dia saja nak ambik hati? Ishh.. aku kena bersangka baik. :D

Anyway, aku rindu dengan mereka semua. Air dicincang takkan putus. Aku mengaku la, aku ni berjiwa sentimental, tak leh tahan dengan gurauan melampau. So, nak wat camne la kan?

Wednesday, March 24, 2010

Dingin

Semakin lama perang dingin ini berlanjutan, semakin payah utk pulih. Aku tahu ini. Tapi, aku terlalu angkuh untuk mengaku kesilapan itu. Aku juga tahu, dia tidak akan merendah diri menghampiri aku selagi aku tidak menyerah kalah beralah. Entah apa yang menghantui hati, merasuk fikiran, aku semakin degil keras hati tidak mahu menyerah. Bukan aku sombong, bukan aku ego, cuma hati terlalu terguris atas tuduhan melulu. Aku bukan seperti sangkanya. Aku tidak sejahat dan seburuk itu. Aku tak mampu utk katakan. Biarlah. Diam itu mungkin lebih baik. Entah.

Friday, March 19, 2010

Little little things

Lately ni aku selalu dapat small gifts dari kawan-kawan. Gifts yg diorang bawak bila balik dari cuti-cuti. Memang best kan bila dapat benda-benda macam ni. Terasa macam diingati dan disayangi.. hehe. Tapi kan.. kenapa aku tak macam tu? Aku beli jugak gifts tu semua, masa beli memang niat nak bagi kawan-kawan tapi akhirnya terperap jek dlm drawer... samada aku lupa ataupun aku takut org tak suka.. buruk perangai kan?

Sunday, March 7, 2010

Timur Tengah

Tahun ni, saya target nak menjelajah ke timur tengah. June, ke Riyadh sambil singgah buat umrah dan October ke Turkey.

Moga terkabul. Amin.

Life is for you to determine.. not others. TQ

Tuesday, March 2, 2010

Stress ke?

Assistant aku kasi mesej kata dia stress dgn kerja-kerja yang aku suruh dia buat. Dalam erti kata lain, aku buat dia stress.. well. Aku ke yang bersalah? Kerja tu (contact someone important) dah dua minggu aku suruh dia settle. Bila tanya pagi tadi, dia kata, dia baru email that person mlm tadi. Then, bila aku minta draf report yg aku suruh dia betulkan minggu lepas, dia kata dia tak sempat nak siapkan. Adei lah, aku tak tau la apa yang dia buat selama ni. Datang pagi on time, balik pun ontime. Pastu buat kerja last minit.. and finally dia kata dia stress. Aku rasa aku yg patut lebih stress dari dia sekarang ni, sebab kerja dia tak siap2.. dan bagi kesan kat kerja aku jugak. Finally, aku jugak lah yg nak kena settle semua ni.

Lagi baik la dia takde daripada ada. Akhirnya dgn berat hati, aku advice dia cari kerja lain jelah.. kerja yang dia tak stress. Thank you so much sebab create trouble and stress utk aku. Nasib baik lah jugak aku dah ada netbook baru ni, Thosiba NB305; cun melecun.. laju sikit aku buat kerja.. :D

Thursday, February 18, 2010

Netbook

Dah lama aku teringin nak netbook satu, kebetulan pula laptop yang satu ni burn out.. so ada good reason to buy one kan? Alasannnn.. tengah survey2 which brand.. toshiba looks good. 9 hours bater life. Cantik dan pro.

Next few months pindah rumah baru, tak sabar rasanya, new environment, new neighbours and hopefully new life. Amin.

Thursday, February 11, 2010

Baru dan Lama

Bila beli barang baru, barang lama nak campak mana? Nak jual, ada ke yg nak beli? Nak sedekah, ada ke yang mahu?

Tuesday, February 9, 2010

Masam masam manis

Muka makcik tu masam mencuka bila terserempak dgn aku tadi. Adui la.. aku dah tutup buku kes tu, dia masih lagi simpan geram. Dah aku taknak join dia lagi, kenapa nak marah2? After all, aku sedang aman damai tenang dan senang lenang setelah terlepas dari belengu dia.. hehe peduli apa aku dia masam mencuka?

err actually, memang aku peduli sebab aku tak suka org masam2 muka dgn aku... tapi nak buat macam mana lagi? anggap je lah kita tak de jodoh :D Mungkin ada yg lebih baik menanti utk bekerja dgn dia. Aku ni.. bukanlah bagus sgt pun.. selalu jek buat kerja last minit. OOPs.. apsal lak aku merendah diri camni.. aisey!

Hidup mesti manis selalu, masam2 nanti kusam.. kan kan kan?

Monday, February 1, 2010

Slow vs lembab

Saya letih. Assistant saya sudah tidak cekap macam dulu. Kerja-kerja dia makin slow. Bila kerja dia slow, saya jadi lembab. Saya tak suka jadi lembab sebab nanti saya akan jadi sembab dan lama-lama saya jadi tension, lepas tu saya jadi kuat makan dan bila saya banyak makan nanti saya suka tidur, lepas tu saya jadi gemuk. Saya tak mahu jadi gemuk sebab kalau saya gemuk, tentu awak, awak dan awak tak suka nak kawan dgn saya. Tentu awak awak semua malu nak jalan jalan dengan saya.

Sebab itu lah, saya letih nak remind assistant saya supaya buat kerja cepat dan laju macam saya. Tapi dia tetap lembab. Dia kata dia tak dpt nak laju-laju macam saya sebab dia rasa kerja-kerja yang baru ni agak susah. Saya pun dah penat ajar dia, payah sangat dia nak faham. Saya bayar dia RM1,700 sebulan. Saya rasa terlalu banyak sebab hasil kerja dia sebulan terlalu sedikit dan terlalu perlahan. Saya dah tak tahan lagi. Saya nakkkkkkkkkkkkkkkkk FIREEEEEEEEEEEEEEEEEEEE dia!

dui!!

Thursday, January 28, 2010

The power of 'No'

Finally, after several days in hell, being pushing here and there for something that was so unnecessary, I said no to her! Phewwwwwwwwwwwww... lega and relieve. I am not going to be her scapegoat anymore. NOT Anymore!

Berubah jugak la air muka dia bila aku kata aku tak nak lagi join project dia or helping her or continue any work related to her area. Hehe.. nak buat macam mana. Sedar tak sedar dah almost four years I've been trapped under her. So from now on, I am going to be on my own ..

Thank you Allah, for giving me this strength.

:D

Wednesday, January 20, 2010

Spoiled day

Sepanjang hari ni aku macam blur je. Heee.. sebabnya aku tertidur dari mula masuk ofis .. ingatkan nak nap 5 minit.. sekali terbabas jadi dua jam setengah.. hampeh. Aku termiss dua meetings. Tu pun nasib baik ada call masuk and aku terbangun tidur. Masalah aku sekarang ialah susah nak tidur malam. So pagi esok nya mesti aku kemengantukan yg teramat sgt. Faham2 je lah bila dah landing kat sofa panjang dlm bilik tu, then aku kunci pintu lak tu.. hehe rasa macam tidur atas katil kat rumah jek..

Kesannya, aku blur sepanjang hari, satu kerja pun aku tak dapat buat. Petang aku terus ponteng, sambung tidur kat rumah.. heeeeeeeee nasib2.

Now ni pun aku tengah celik.. dah dekat pukul 2 pagi. Agak2 la apa aku tengah buat sekarang?


Friday, January 15, 2010

Pening

Saya pening sangat pagi ni mungkin sebab:

1. Tidur lewat
2. Tunggu kerja orang yang tak siap, jadi kerja saya pun tak siap siap
3. Tengok papers bertimbun atas meja dan rasa tension nak buat filing (perkara yg paling saya benci nak buat) ataupun
4. saya rindu seseorang.

:(

Wednesday, January 13, 2010

Nasi lemak kukus

adoi lah.. malam ni aku makan nasi lemak kukus ayam goreng. Kenyang ya amat. Tahan kan mata, sekurang2nya satu jam lagi sebelum tidur. Kalau tak.. harus gumuk nanti nih.. heee..

Tuesday, January 12, 2010

SMART Solat 2

Setelah memaksa diri utk menghabiskan membaca buku ini, akhirnya sampai juga aku ke penghujungnya. Adui lah.. bab pertama dan kedua sungguh memotivasikan, bab2 yg lainnya.. terlalu longgar dan menghilangkan keyakinan aku utk terus melaksanakan petua2nya. Manakan tidak, segala yg aku belajar dari kecil tentang sembahyang, tentang niat, tentang rukun dan sebagainya dilayan sebagai sangat mudah oleh penulis. Kebanyakan hujah disokong dgn kata2 cerdik pandai barat, dan hanya sedikit bersandarkan hadis atau al-quran. Selebihnya pula berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Maaf lah, aku tak boleh nak rekomen buku ini utk sesiapa.

:(

Saturday, January 9, 2010

Life is a Pitch

Finally, aku dapat settle 90% of the jobs yg tertunggak. Amazing.. lama dah rasanya aku tak work like hell.. haha day and night none stop. So today, I need something good. Berendam dlm pool? hehe..

After all, I am going to make a huge change in my life, starting today, now! I believe that life is not a pattern of gradually evolving improvement. It's a series of long, fallow patches punctuated by moments of crucial change. How you handle the long fallow stretches doesnt matter much. How you handle the moments of change is vital. These big moments are not decided by chance - they are decided by how you handle them. How you pitch your case is what makes the difference... :D

Friday, January 1, 2010

010110

Dah lama sebenarnya aku tak chat dgn Brian. More than three months kot. Dia tentu tahu, aku tak suka diganggu bila aku tak balas lagi email2 dia. Until last week, aku tak dapat nak avoid bila dia on chat dan aku terlupa nak invisible. Nasib. Nada chat agak keras.. marah? geram? entah lah.. tapi bila aku cerita tentang satu kehilangan yang aku lalui baru-baru ni, baru dia faham.

Not that aku taknak bercakap dgn dia lagi, just that aku rasa aku dah lama tak siapkan kerja2 team UK. Semua tergantung. Mungkin diorang settlekan sendiri, entah.. aku tak ambik tahu. Masa tu kan aku tengah serabut, mak sakit dan akhirnya pergi meninggalkan aku. Good reason kan? Sampai sekarang aku tak contact team tu lagi. Aku rasa so down and dont know where to start again. Aku lepaskan semua yang aku ada. Ignore apa yang patut aku siapkan. Menyusahkan orang yang menanti dan mengharap kerja-kerja aku. Mungkin jugak aku tak pandai nak berkata tidak. Entahlah. Aku rasa dgn cara ignoring them, semua itu boleh settle. Sama juga dgn kerja2 aku kat sini. Aku ignore totally, sampai lah last week aku sedar banyak sangat kerja bertimbun dan demand attention. Yang aku fikir cuma nak cari kerja lain, travel sana sini.. kononnya nak lapangkan hati tapi yang sebenarnya lari dari semua masalah yang aku timbulkan sendiri. So now, aku left with this feelings, guilty!

Last night, bila aku terbaring dan kebosanan, aku akhirnya dapat berfikir dengan waras. Aku tak boleh selamanya lari dan pretend semua akan ok bila aku abaikan dan tinggalkan segalanya yang sepatutnya aku selesaikan dgn baik. Aku tak boleh beralih arah begitu saja dan biarkan rasa guilty itu menhantui aku sepanjang hidup aku nanti.

Ok, now.. aku tarik nafas panjang. Atur satu-satu, approach sorang-sorang dan settle satu-satu. Kalau nak marah, marahlah. Memang salah aku. Aku juga manusia biasa... bukan kuat manapun.

Although people call me perfectionist, I'm not a 'rightist'. I'll do something until it is right before move to next thing.

Happy new year 2010, everyone!