Wednesday, March 24, 2010

Dingin

Semakin lama perang dingin ini berlanjutan, semakin payah utk pulih. Aku tahu ini. Tapi, aku terlalu angkuh untuk mengaku kesilapan itu. Aku juga tahu, dia tidak akan merendah diri menghampiri aku selagi aku tidak menyerah kalah beralah. Entah apa yang menghantui hati, merasuk fikiran, aku semakin degil keras hati tidak mahu menyerah. Bukan aku sombong, bukan aku ego, cuma hati terlalu terguris atas tuduhan melulu. Aku bukan seperti sangkanya. Aku tidak sejahat dan seburuk itu. Aku tak mampu utk katakan. Biarlah. Diam itu mungkin lebih baik. Entah.

Friday, March 19, 2010

Little little things

Lately ni aku selalu dapat small gifts dari kawan-kawan. Gifts yg diorang bawak bila balik dari cuti-cuti. Memang best kan bila dapat benda-benda macam ni. Terasa macam diingati dan disayangi.. hehe. Tapi kan.. kenapa aku tak macam tu? Aku beli jugak gifts tu semua, masa beli memang niat nak bagi kawan-kawan tapi akhirnya terperap jek dlm drawer... samada aku lupa ataupun aku takut org tak suka.. buruk perangai kan?

Sunday, March 7, 2010

Timur Tengah

Tahun ni, saya target nak menjelajah ke timur tengah. June, ke Riyadh sambil singgah buat umrah dan October ke Turkey.

Moga terkabul. Amin.

Life is for you to determine.. not others. TQ

Tuesday, March 2, 2010

Stress ke?

Assistant aku kasi mesej kata dia stress dgn kerja-kerja yang aku suruh dia buat. Dalam erti kata lain, aku buat dia stress.. well. Aku ke yang bersalah? Kerja tu (contact someone important) dah dua minggu aku suruh dia settle. Bila tanya pagi tadi, dia kata, dia baru email that person mlm tadi. Then, bila aku minta draf report yg aku suruh dia betulkan minggu lepas, dia kata dia tak sempat nak siapkan. Adei lah, aku tak tau la apa yang dia buat selama ni. Datang pagi on time, balik pun ontime. Pastu buat kerja last minit.. and finally dia kata dia stress. Aku rasa aku yg patut lebih stress dari dia sekarang ni, sebab kerja dia tak siap2.. dan bagi kesan kat kerja aku jugak. Finally, aku jugak lah yg nak kena settle semua ni.

Lagi baik la dia takde daripada ada. Akhirnya dgn berat hati, aku advice dia cari kerja lain jelah.. kerja yang dia tak stress. Thank you so much sebab create trouble and stress utk aku. Nasib baik lah jugak aku dah ada netbook baru ni, Thosiba NB305; cun melecun.. laju sikit aku buat kerja.. :D