Thursday, July 29, 2010

Cerita dulu

Semalam, aku menyelongkar fail lama. Actually dlm process nak spring cleaning la konon. Tapi terasyik membaca. Pagi ni kerja-kerja menyelongkar dan menyusun bersambung lagi. Dalam penyelongkaran itu, aku terjumpa chat log aku masa kerja kat UK dulu. Aku print chat log tu dalam email address yg lama. Email address yg aku dah lama lupa pernah wujud. So, aku berusaha nak retrieve email tu.. tapi passwordnya aku tak ingat. Nasiblah. Memang jadi sejarah lagi lah email tu. Kebetulan atau suratan, setiap kali aku selesai satu kes/hal dgn seseorang mesti email yg paling banyak aku gunakan utk berurusan dgn dia tu akan lenyap.. samada tetiba je terus tak boleh login ataupun, aku terlupa terus nak login. Mungkin ada hikmah disebaliknya kot la kan?

Somehow, aku pun dah happy dgn life sekarang. Jarang sekali la aku nak rasa sakit hati ke, benci ke apa ke.. tenang je gitu. Mungkin sebab tu juga aku jarang update blog ni. Sebab dah takde lima enam sepuluh rasa lagi macam dulu.. hehe. Or maybe.. lepas2 ni aku cuma tulis kisah2 gembira dalam hidup aku je kot? Semoga berpanjangan lah kebahagiaan aku hari ini, hendaknya.

Oh ya, now ni lagi la aku happy sebab kak long aku yg kat Johor tu, dah hampir tiga minggu bercuti seorang diri kat rumah aku ni. Happynya la ada teman bersembang sampai pengsan.. ehhh pastu dia rajin masak lak tu.. ada je benda yg nak dimasaknya. Aku lak tukang makan.. err makin gemuk lah camni.. hehe

Tak lama lagi Ramadhan, sekiranya tak ada kesempatan nak menulis di sini lagi.. aku susun sepuluh jari, mohon keampunan moga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya. Amin.

5 comments:

  1. Nur...

    rajin lah update...IG dah takdak...FB pun bukan ada sangat...so di sini saja bleh baca cerita ko...

    ReplyDelete
  2. lupa...

    salam ramadhan juga...and take good care of urself na :D

    ReplyDelete
  3. miss u too AS n cello.. aku rajin jugak masuk IG.net tu.. tapi dah tak posting banyak macam dulu.. :P

    ReplyDelete
  4. hi,my dear friend,i like this article and bookmark,thanks for sharing!Best regards!

    ReplyDelete