Wednesday, September 22, 2010

Penyakit lepas raya

Raya dah hampir dua minggu. Boleh ke nak wish Selamat Hari Raya lagi? Cuti raya panjang sangat sampai rasa dah cukuplah beraya tu. Bosan pun ada jugak. Tak pernah lah aku rasa bosan berhari raya macam ni. Apa nak buat? Yang pergi tetap pergi, tinggal kita jelah pandai pandai menyesuaikan diri. *Sigh*

Anyway, rasanya aku ni ada satu penyakit baru. Tapi tak confirm lagi. Hopefully tak lah teruk sangat. Kalau teruk pun, pandai2 lah aku cari ubatnya kan? Hehe.. macam teruk je bunyinya. Bukan lah apa sangat. Aku dah mula kuat makan. Huahuahuaaa.. bulan puasa turun tak sampai 5kg, rasanya lepas raya ni aku naik lebih 5kg kot? adoi la.. so aku kena cari ubat nak kuruskan badan or kurangkan selera makan dengan segera.. ada suggestion?

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan

7 hari lagi akan berakhir Ramadhan. 7 hari lagi kita akan berhari raya. Raya pertama tanpa kedua insan tersayang. Kalau dikenang-kenang memang menyedihkan. Cuma aku saja yg sentiasa buat-buat sibuk, tidak mahu berduka. Sampaikan, birthday aku on 2408 tu pun aku hampir terlupa.

Makin bertambah usia, semakin menakutkan. Takut pada dosa dan kealpaan masa lalu, takut pada Dia, takut pada hukumnya. Tahu, Dia maha penyayang, maha pengampun. Lekanya aku, terkadang mengabai waktu yg wajib. Lekanya aku, terkadang lupa berterimakasih atas nikmatNya. Dibanding aku dengan insan yg lain, yang sama-sama sujud, apalah ada sangat pada amalku. Dibanding aku dengan mereka yg lain, yg tak pernah leka dalam mengingatiNya, apalah aku pada sisiNya? Ya Allah, aku terlalu ingin dekat padaMu, dalam setiap detik nafasku. Kau yg mendengar dan mengetahui. Kasihanilah aku. Tetapkanlah hatiku agar sentiasa dlm jalanmu. Aminnnnnnn...