Monday, October 25, 2010

Rezeki

Aku tak patut rasa tension pagi-pagi ni. Sebab semuanya salah aku jugak. Cepat sangat nak commit, cepat sangat setuju. Baik sangat. Ye la tu baik sangat. Masalahnya sekarang, kerja lama tak siap lagi, aku dah nak kena start buat kerja baru. Bukan kah itu maknanya aku saja cari pasal? Susah sangat ke nak menolak? Aku ada seminggu dua ni je lagi. Itu bermakna, aku kena kerja siang malam. So, kalau tengah2 malam korang nampak aku online, sila2 lah tegur ek.. tidak lah aku keseorangan.. :D

Somehow, aku patut juga bersyukur dengan apa yang berlaku lately ni. Alhamdulillah, rezeki sentiasa berpihak pada aku. Life is not that bad, after all. Yang penting, usaha dan biarlah apa orang lain nak kata. Masih ada yang sayang.. gitu.. hehe. I'm happy now, and hopefully forever. Amin.

Rezeki ini semua kan milikNya, kita hanya dapat secebis dari nikmatnya. Itupun sudah rasa terlalu bahagia.

Monday, October 11, 2010

Stuck

Kerja aku banyak... memang banyak. Sampaikan, aku tak tahu nak buat mana satu dulu. Semua nak kena buat dulu. Adui lah.. pagi2 Isnin macam ni memang selalu buat aku tension. Dah la tu, sampah sarap bertaburan kat depan ofis.. manalah cleaner nih.. agaknya sama tension dgn aku kot sampai tak buat langsung kerja dia.. hehe senasibbbbb.

Saturday, October 2, 2010

Rumah Terbuka

This week saja, entah berapa jemputan rumah terbuka. Aku pergi hampir ke semuanya.. haha.. weekend ni pun ada lagi .. entah larat entah tidak.. tapi kan kalau dah dijemput kena pergi kan? Makanan lazat2 belaka.. mewah sungguh dengan makanan. Kadang-kadang tu aku terkenang juga pada mereka yang susah, dapat ke mereka merasa?

Petang tadi, aku ke open house rakan sekerja di Bangi Villa. Hebat rumahnya, ialah kan.. husband dia pun pilot.. mana lagi nak buang duit kalau tak ke rumah. Hehe. Aku bukan nak bercerita pasal rumah dia, tapi aku jumpa guru sekolah rendah aku.. haha.. rupanya mak dia tu cikgu kat sekolah aku dulu. Sabar je la. Maka banyak lah cerita-cerita lama yang keluar. Seronok nya lah!

Pengajarannya ialah.. rajin2lah pergi kalau ada jemputan rumah terbuka tuuu.. eheks! untung2 jumpa kawan lama or even cikgu sekolah rendah! :D