Wednesday, December 30, 2009

Ruang solat khas

Lama lak rasanya tak update blog. Buku SMART solat tu masih lagi tak abis aku membacanya. But.. dah ada satu perkara yang aku dah implement. Satu ruang khas utk solat dlm rumah. Bukan sekadar solat kat bilik tidur sahaja. Memang berkesan dan cukup memotivasikan. Rasa nak cepat2 jek solat bila tiba waktu, rasa tenang je bila abis solat dan boleh sambung mengaji. Quran atas papan rehal sentiasa terletak di sisi ruang solat, mudah dicapai utk dibaca sebaik saja lepas solat. Satu perubahan yang baik kan?

:D

Monday, December 21, 2009

S.M.A.R.T. Solat

Untuk memastikan azam yang satu ni terlaksana, aku beli buku ni - SMART SOLAT. Baru baca 3 bab. Ada kesan sikit.. menusuk jiwa. Hehe. Kata penulis buku ni, Solat juga perlu di rancang utk memastikan ia berkesan. Ye lah kan, selama ini, aku hanya solat kerana kewajipan, selesai solat bergegas buat kerja, macam takde kesan kat hati. Astagafirullah..

Nanti ada masa, aku tulis lagi tentang buku ini. Ilmu dan amal, itu yg penting.

Sunday, December 20, 2009

Hijrah

Salam Maal Hijrah.

Aku ada azam. Kali ni, lebih spesifik. Selain dari kereta baru, kerja baru, rumah baru, baju baru, hp baru dan yang lain-lain yang serba baru.. ada lagi perkara baru yang perlu aku lakukan.

Oh ye, aku gila shopping baru2 ni, dah banyak benda baru yang aku beli. The unnecessary things that become so important. Just to make me happy. Ya, banyak jugak duit simpanan aku habis begitu saja. Plus spending on travelling to unnecessary places.. but still, aku masih rasa incomplete.

Those things yang aku beli hanya indah di mata. Hati di dalam? Dia yang tahu. Mungkin ada yang tak kena di dalam. Sesuatu yang tak lengkap. Itu yang perlu aku cari dan perbaharui. Kan?

Jadi, kali ini aku berazam, mencari sesuatu yang tidak kena itu dan memperbaharuinya. Mungkin aku tak perlukan wang pun utk dapatkan yang baru. Aku cuma perlu masa. Aku perlu perbaiki dan perbaharui solatku. Tiada lagi penangguhan atau solat kosong. Itu azam ku. Insyaallah.


Monday, December 14, 2009

New Job

I am happy with my new car.. best la.. rasa nak tidor makan dlm tu jek.. hehe melampau la kan? Another thing that will make me happier is to get a better job. Dulu, my reason to stay here with this boring job is just to be close to bonda tercinta. But now, nothing left to make me stay here any longer. So.. am looking for a new job ok... any offer? hehe

Thursday, December 10, 2009

Hope hoping hope

The excitement went down the drain yesterday when I couldnt get my new car, just because the road tax was not ready.

Lesson learnt:

do not hope so much.

HOWEVER

so much hope is the possibility of everything


:D

Wednesday, December 9, 2009

New car

You dont have to think so hard. Just sit back and relax. Enjoy each moment you have in life. Why am I talking like someone so relax, peaceful? Do you know that I am now very tension? Too much work to do, due. Well, I really need to calm down .. take things easy. Haha.. look whos talking ya?

I am actually looking forward to pick up my new car from the dealer this afternoon.. hehe ... bestnyaaaa

Tuesday, December 8, 2009

Courage

When you are down and dont know to whom to talk to, just let it go through blogging or facebook. There will always be someone who will answer to your unanswered questions in mind. A small word that bring courage to yourself to start a new day with the old thingy. Its not easy but possible.

You know that I really need that courage very much after few months in mess.

Recharge but not discharge .. well understood, ok!

Monday, December 7, 2009

Keep Your Distance Please

Somehow, because of some reasons, you dont feel like being close to someone that you know for so long. Not because you hate her/him, but most of the time, distance is necessary. Why? Mainly because too close means you are sharing too much secret in your life and nothing left in future or nothing interesting to see/wait? I might be too conservative but well.. for some good reasons, of course, you need to reserve something to yourselve...

prevention is better than cure! you know that well.. ;)

Sunday, December 6, 2009

Sydney

Just came back from sydney. Honestly, I dont really like Sydney. The town is too expensive to live in. Not worth it. Too pack with Chinese and China made product as well. What to shop? Nothing! Most of the things are in Malaysia. Even cheaper!

Actually, I was there for a visit, just for a weekend. A sudden decision made on last minute. Just to kill time. Met old coursemate who decided to settle there. If I were her, I wouldnt waste my time in Sydney too much! Haha.. sorry!

Thursday, October 22, 2009

Weak

Hari ini hari ke sebelas mak pergi. Aku masih lagi rasa teruk. Teruk sgt!

Demam masih tak surut. Badan aku rasa sakit-sakit je. Hampir setiap tengah malam aku terjaga dan badan aku rasa seram sejuk. Satu kerja pun aku tak dapat selesaikan. Lemah sangatkah aku?

Wednesday, October 14, 2009

Pure pain

Apa lagi yang lebih menyakitkan dari kehilangan orang tersayang? Pure pain. Lebih teruk dari segala kesakitan yang pernah aku rasakan.

Hanya doa dan zikir utk mu Bonda, moga terubat hati yang kosong dan moga aman dan tenang dikau di sana. Amin.

Saturday, October 10, 2009

Not that smooth

Today, semua planning berterabur. Terlewat sampai kat airport, nyaris2 kaunter cek in tutup. Bila sampai kat hotel, hotel lak full walhal dah ditempah dan diconfirm sebulan awal. Terpaksa pergi ke hotel lain, lebih jauh, lebih mahal. Well, walaupun kos bukan masalah, tapi masa aku banyak terbuang. Nasib baik aku cancell trip ke Istanbul, kalau tak, harus entah apa2 lagi jadi.

Yang sebenarnya, hati aku tak aman. Aku ingin segera pulang.

Slimmer

At least, after so long, I can wear my old jacket and suits. Alhamdulliah.

In other words, I am slimmer than before.. yahooooooooo. :D

Monday, September 14, 2009

Terus

Bukankah kita hanya boleh bersandar harap pada Dia yang satu? Memohon secara terus tiada perantaraan? Mengapa perlu ada orang tengah?

Dan apabila segala usaha telah tercurah, hanya pada Dia kita berserah.

Dia yang lebih mengetahui.

Thursday, September 3, 2009

:(

Cerita aku cerita sedih. Sebab itu, tak banyak aku boleh tulis. Aku sering hilang kata. Mungkin juga bakal kehilangan orang yang paling aku sayang.

Hati aku pun sering berlagu sedih. Itu pun kadang kala tiada irama. Penuh doa.

Cuma yang menjadi penawar adalah redha. Itupun kadangkala bergabung dengan rasa kecewa.

Hanya pasrah. Dia yang Maha Mengetahui.

Titik.


Monday, August 24, 2009

Breastday?

Adei la. Never thought that word birthday could be twist to breastday. Anyway, tq for the wish.

Hari ini bukanlah hari yang aku nanti-nanti seperti tahun2 lepas sebab ada perkara lain yg lebih merisaukan dan buat aku tak senang duduk. Aku baru saja sampai dari JB pagi tadi. Keadaan mak tiada perubahan. Tanda-tanda sudah ada. Tapi aku tetap ingin menafikannya.

Mohon sangat padamu Ya Allah, moga kesembuhan itu tiba juga. Biar lambat, aku mahu itu menjadi hadiah harijadiku. Amin.


Monday, August 3, 2009

Mak

Warded lagi. Kali ni di JB.

Aku ingin ke sana. Melawat dan merawat. Sejak semalam lagi kalau ikut kan hati aku sudah sampai agaknya. Tapi abang-abang suruh tunggu. Tunggu mereka, pergi sama-sama. Aku lemas menunggu. Dari sejam ke sejam. Tak sampai-sampai lagi. Kata mereka, sekejap lagi bila habis urusan kerja. Adoi la.. boring!

Aku nekad. Lagi sejam kalau masih lagi ditangguh, aku akan drive sendiri. Dont care!

Friday, July 31, 2009

Kurus?

Dua minggu lepas, aku tempah kebaya dan baru je sudah mencubanya. Besar kebaya tu dibahagian pinggang dan punggung. Memang tak kemas kalau pakai. Bila aku talipon tukang jahit tu, dia kata dia betul2 ikut ukuran. Erm.. samada aku dah kurus, atau si tukang jahit yg silap ambil ukuran orang lain.

Betul ke dah kurus? Heee.. tapi ada lah rasa ringan sikit. Berjaya la jugak diet aku selama ni ek?

:D

Thursday, July 30, 2009

Merah

Lately ni aku minat merah balik. Merah, pink or orange. Masa kemas bilik ofis baru2 ni, aku beli kotak pink yang terang utk simpan paperwork aku yg melambak tu. Sempat juga aku cat sebahagian dari dinding bilik warna merah terang. Haha. Sangat matching tau.

Then baru-baru ni, aku beli kasut warna merah menyala. Sangat cantik. Tapi malangnya, kasut kulit itu menyebabkan alahan pada kulit. Itu kata doktor. Gatal2 teruk sangat...Alahai.. dah lah mahal harganya, dapat merasa pakai dua kali je. Sedih tau.

Tapi itu tidak memadamkan minat aku pada merah..

Oh ye.. baju raya tahun ni tentulah merah .. haha

Thursday, July 16, 2009

Sukar

Menulis menggunakan bahasa baku. Bukan mudah. Berkali-kali memadam dan membetulkan ayat. Selama ini, tulisan dan percakapan saya menggunakan bahasa rojak. Itu bukan bahasa sebenarnya. Pencemar bahasa. Cubalah anda, menulis serangkap ayat menggunakan bahasa melayu seratus peratus tanpa terselit bahasa pasar atau bahasa inggeris. Tentu sukar, bukan?

Sebenarnya saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menyiapkan buku yang sudah lama terbiar. Harapnya selepas dua tiga muka surat nanti, ayat-ayat akan menjadi lancar dan mudah. Bagai orang bercinta lagaknya, cuba mengolah kata tapi tiada ayat sesuai.