Monday, August 24, 2009

Breastday?

Adei la. Never thought that word birthday could be twist to breastday. Anyway, tq for the wish.

Hari ini bukanlah hari yang aku nanti-nanti seperti tahun2 lepas sebab ada perkara lain yg lebih merisaukan dan buat aku tak senang duduk. Aku baru saja sampai dari JB pagi tadi. Keadaan mak tiada perubahan. Tanda-tanda sudah ada. Tapi aku tetap ingin menafikannya.

Mohon sangat padamu Ya Allah, moga kesembuhan itu tiba juga. Biar lambat, aku mahu itu menjadi hadiah harijadiku. Amin.


Monday, August 3, 2009

Mak

Warded lagi. Kali ni di JB.

Aku ingin ke sana. Melawat dan merawat. Sejak semalam lagi kalau ikut kan hati aku sudah sampai agaknya. Tapi abang-abang suruh tunggu. Tunggu mereka, pergi sama-sama. Aku lemas menunggu. Dari sejam ke sejam. Tak sampai-sampai lagi. Kata mereka, sekejap lagi bila habis urusan kerja. Adoi la.. boring!

Aku nekad. Lagi sejam kalau masih lagi ditangguh, aku akan drive sendiri. Dont care!

Friday, July 31, 2009

Kurus?

Dua minggu lepas, aku tempah kebaya dan baru je sudah mencubanya. Besar kebaya tu dibahagian pinggang dan punggung. Memang tak kemas kalau pakai. Bila aku talipon tukang jahit tu, dia kata dia betul2 ikut ukuran. Erm.. samada aku dah kurus, atau si tukang jahit yg silap ambil ukuran orang lain.

Betul ke dah kurus? Heee.. tapi ada lah rasa ringan sikit. Berjaya la jugak diet aku selama ni ek?

:D

Thursday, July 30, 2009

Merah

Lately ni aku minat merah balik. Merah, pink or orange. Masa kemas bilik ofis baru2 ni, aku beli kotak pink yang terang utk simpan paperwork aku yg melambak tu. Sempat juga aku cat sebahagian dari dinding bilik warna merah terang. Haha. Sangat matching tau.

Then baru-baru ni, aku beli kasut warna merah menyala. Sangat cantik. Tapi malangnya, kasut kulit itu menyebabkan alahan pada kulit. Itu kata doktor. Gatal2 teruk sangat...Alahai.. dah lah mahal harganya, dapat merasa pakai dua kali je. Sedih tau.

Tapi itu tidak memadamkan minat aku pada merah..

Oh ye.. baju raya tahun ni tentulah merah .. haha

Thursday, July 16, 2009

Sukar

Menulis menggunakan bahasa baku. Bukan mudah. Berkali-kali memadam dan membetulkan ayat. Selama ini, tulisan dan percakapan saya menggunakan bahasa rojak. Itu bukan bahasa sebenarnya. Pencemar bahasa. Cubalah anda, menulis serangkap ayat menggunakan bahasa melayu seratus peratus tanpa terselit bahasa pasar atau bahasa inggeris. Tentu sukar, bukan?

Sebenarnya saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menyiapkan buku yang sudah lama terbiar. Harapnya selepas dua tiga muka surat nanti, ayat-ayat akan menjadi lancar dan mudah. Bagai orang bercinta lagaknya, cuba mengolah kata tapi tiada ayat sesuai.

Friday, July 10, 2009

Bosan

Aku rasa makcik makcik kat ofis tu semua tengah meroyan kot. Asyiklah nak mengamuk tak tentu pasal.

Statement paling hot makcik sorang ni masa meeting:

"I tak suka lah orang komplain-komplain. Ini cara I buat kerja. I buat cara I lah."

Ish.. sampai ke malam ni aku tak leh nak lelap mata, asyik jek la terngiang2 suara berdesing dia ni.

Bosan la dah bekerja dgn diorang ni.. hmm..


Wednesday, July 8, 2009

Out of space

Lately ni aku rasa macam upside down jek. Sebulan sekali memang macam ni kot ek? heee.. anyway, saat-saat macam nilah rasa macam apa jek. Semua serba serbi tak kena. Aku rasa macam out of space pun ada. Takut pada benda yang entah apa-apa. Mana hilangnya rasa keyakinan diri aku selama ni?

Tuesday, July 7, 2009

Mata hati

Wahai hati kenapa berduka?
Lihatlah keluar, indahnya cuaca. Tidakkah tersentuh hati melihatnya?


Wahai mata kenapa bertanya?
Lihatlah ke dalam, fahamilah rasa. Tidakkah terpancar apa di dalam?

Lihatlah aku dengan mata hati, jangan tertipu lakonan wajah.

Stroke

Kawan saya muda lagi. Eh, kami sama-sama masih muda. Tapi nasibnya malang. Dia kena stroke dua hari lepas. Separuh badan tidak berfungsi lagi. Itu berlaku hanya selepas dia makan-makan di Alamanda. Mungkin sebab tersilap makan, mungkin juga dia tak aware tentang blood pressure or kandungan kolesterolnya, maka dia kena attack.

Doktor kata, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan lagi bila stroke menyerang golongan muda. Ia sudah perkara biasa.

Hmm.. jadi, kenalah amalkan cara hidup sihat dan jangan stress keterlaluan. So far, I am in control. Ye ke?

Monday, July 6, 2009

Tiga is Three


Kata mereka, three is a crowd.
Kata dia, tiga itu meriah.
Kata saya, dont you dare!



well.. it really depends on whats in your mind. Haha..




Friday, July 3, 2009

Lain dari lain

Kita tak perlu jadi orang lain untuk diterima. Kita hanya perlu jadi diri kita. Terpulang pada orang lain untuk menerima kita. Mungkin kita perlu sesuaikan sedikit diri kita untuk diterima. Tapi tak perlu menjadi orang lain. We just need a little adjustment to be nice and fit together.

Bukan kah sesuatu yang berlainan itu lebih menarik dan unik untuk diterokai?

Wednesday, July 1, 2009

Terpeleot lagi...

Pagi tadi settle semua kerja. Settle je kerja, aku terus ke klinik. Haa.. buku lali makin membengkak rupanya. Dapat ubat susut bengkak dan tahan sakit. Then balik rumah terus and lepas telan ubat .. terlena hinggalah ke petang. Tak sedar apa. Kuat betul penangan ubat tu kan? Somehow, kena jugak pergi urut ni sebelum terlambat.

haihhh.. kenapa lah asyik2 terpeleot kat tempat yg itu itu jugak?

Monday, June 29, 2009

Sutera

Hari ni dapat sepersalinan sutera Kelantan lengkap selendang. Katanya utk raya nanti. Cantik, warna kuning lembut. Boleh ke aku tahan sabar tunggu raya? Hehe.. rasa macam nak gi tempah kejap lagi je. Buruk perangai betul kan?

Tapi kan.. bila dapat hadiah2 macam ni, aku rasa kurang senang sikit. Mungkin memang ikhlas dia nak bagi. Cuma bimbang terhutang budi je. Minta-minta lah pemberian ini nanti tidak mempengaruhi apa apa.

;)

Wednesday, June 24, 2009

Cuba teka

Bayangkan, di dalam toilet, seorang perempuan sedang membelek2 bajunya dan membayangkan seolah2 dialah yang paling comel dan bergaya. Haha... Tiba-tiba, pintu toilet dibuka lama. Perempuan itu pun menoleh. Rupa-rupanya ada seorang makcik yang sedang tergamam dan teragak-agak hendak masuk. Alkisah, si perempuan itu dan si makcik itu sudah lama tidak bertegur sapa. Jikapun terserempak di tengah jalan, di tepi koridor, atau di tangga, masing-masing akan cuba mengelak dan tidak menoleh antara satu sama lain. Agak2nya lah kan.. apakah yang berlaku seterusnya?

1. Si makcik terus keluar tinggalkan si perempuan itu di toilet terkapai2?, atau
2. Si perempuan itu tegur si makcik itu dgn ramah dan pura-pura bertanya samada baju yg dipakainya itu cantik atau tidak, atau
3. Si perempuan itu bergegas keluar.


hehe.. cuba teka?

Tuesday, June 23, 2009

Lousy

Started feeling lousy this morning. Can I blame on the food that I ate last night? I cant control myself. I ate too much and couldnt sleep. Macammana nak get slimmer cepat macam ni? Adei.. ni mesti sebab dah letih ber 'combat dancing' kan? Letih then makan banyak.

??@@##$$%%&&**!!!

Monday, June 22, 2009

Fitness Dance Workout

Pergh... sungguh2 aku follow Combat Dance ni.. rasa macam berlatih bertumbuk tendang terajang orang jek.. hehe.. best2.. basah dgn peluh. Banyak la calories burn kan? :D

Beli Nestle Fitness Cereal and you will get free DVD for two type of dance for workout: Body Combat and Body Jam.

Memang power dance ni.. tak meletihkan tau and you will get slimmer faster ;)

Saturday, June 20, 2009

Gym

Petang tadi, berjinak2 ke gym. Kekok rasanya bila guna threadmill. Lama betul benda ni aku tinggalkan. Hanya dapat burn 35 calories saja... dan aku rasa malas nak teruskan. Haha.. apa nak jadi daaa..

Thursday, June 18, 2009

Kita Serupa

Sejak aku jauhkan diri daripada makcik sorang tu, hidup aku aman sekali. Aku tak lagi jadi mangsa makcik sorang tu. Mangsa terbaru dia ada lah kawan aku sorang ni. So, tadi dia mengadu bagaimana dia kena 'blunt attack' depan orang ramai. Sesuka hati mak nenek makcik tu jek nak laser orang kat mana2 dia suka.

Wednesday, June 17, 2009

Degil ke?

Sudah terlalu lama aku tangguhkan isi borang itu. Alasan aku, aku malas isi borang. Boleh tak someone isikan utk aku? Atas sebab soalan aku itu, aku kena perli. Sakit telinga. Katanya, "Kalau isi borang utk kebaikan diri sendiri pun malas, itu memang betul-betul punya malas." Ceh.. laser sungguh!

Cuma mungkin dia tidak tahu satu perkara. Kemalasan itu bukan sebab sebenar. Yang sebenar-benarnya, aku tidak mahu, tidak suka dan tidak berminat. Aku tahu dengan hanya mengisi borang itu dan menghantarnya, pasti kerja itu akan jadi milik aku. Masalahnya sekarang, ulang sekali lagi ye.. aku tidak mahu, tidak suka dan tidak berminat.

Astagafirullah.. apa la degil sangat kan? :D

Monday, June 15, 2009

Panas

Cuaca panas hari ni. Tadi nampak mendung sekejap, macam nak hujan tapi panas balik. Kalau panas-panas macam ni, dapat minum cendol or ais kacang tentu enak.

Hari ni aku tertinggal hp lagi. Kerap sgt aku tertinggal hp lately ni. Ia bukan lagi satu aset yang penting. Kalau takde lagi la aman hidup. Ye la sangat.. kerana tertinggal hp jugalah aku tak tau meeting pagi tadi dibatalkan. Cis!

Satu lagi, bahayanya tertinggal hp ni ialah bila ia kerap berbunyi dan menarik perhatian orang disekitarnya. Maka akan terdedah lah rahsia-rahsia yang tidak sepatutnya diketahui umum. Hehe.. so jawablah sebaik2nya, ya. :D