Monday, August 24, 2009

Breastday?

Adei la. Never thought that word birthday could be twist to breastday. Anyway, tq for the wish.

Hari ini bukanlah hari yang aku nanti-nanti seperti tahun2 lepas sebab ada perkara lain yg lebih merisaukan dan buat aku tak senang duduk. Aku baru saja sampai dari JB pagi tadi. Keadaan mak tiada perubahan. Tanda-tanda sudah ada. Tapi aku tetap ingin menafikannya.

Mohon sangat padamu Ya Allah, moga kesembuhan itu tiba juga. Biar lambat, aku mahu itu menjadi hadiah harijadiku. Amin.


Monday, August 3, 2009

Mak

Warded lagi. Kali ni di JB.

Aku ingin ke sana. Melawat dan merawat. Sejak semalam lagi kalau ikut kan hati aku sudah sampai agaknya. Tapi abang-abang suruh tunggu. Tunggu mereka, pergi sama-sama. Aku lemas menunggu. Dari sejam ke sejam. Tak sampai-sampai lagi. Kata mereka, sekejap lagi bila habis urusan kerja. Adoi la.. boring!

Aku nekad. Lagi sejam kalau masih lagi ditangguh, aku akan drive sendiri. Dont care!