Tuesday, March 31, 2009

Tawaran

I've been keeping this to myself for quite sometime now. Bukan lah apa sangat. Its just another job offer comes from a very good friend. Pagi ni, terserempak lagi. Maybe juga disengajakan. Dia memang lama try cari peluang utk bersemuka. Senang nak cerita.. katanya. Dah banyak kali juga aku cuba explain. Aku lebih suka kerja sekarang, tenang dan aku boleh buat apa aku suka. Walaupun ada la sorang dua yg selalu buat aku pening, tapi tu bukan la apa sangat. Boleh handle. Berbanding dgn situasi kat tempat dia tu. Penuh gossip dan rampasan kuasa.. hahaha. Itupun aku banyak dengar cerita dari dia jugak. Kenapa perlu aku merisikokan diri?

Tapi kan.. hati aku macam cair sikit la dengar ayat ayat dia tadi.. camne ni?

Di sini sudah pasti hijau.. di sana masih merah.

Monday, March 30, 2009

Slimming

Rasanya dah tiba masanya utk aku join balik aktiviti aerobik or swimming. Hee lama betul aku manjakan diri, makan ikut suka, tidur ikut suka. Tak exercise langsung. Semalam bila aku try jacket peberet aku masa kat UK dulu.. terasa ketat. Adoi la.. frustnya. Sempat ke aku nak menyelimkan balik lengan ni before fly to Canada mid April ni?

from now on.. aku kena all out.. cukup2 la bermanja selama ni ye..

Saturday, March 21, 2009

WARISAN


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.
Melayukan gagah dinusantara.


Comel loteh

Perhimpunan Agong Umno akan berlangsung minggu depan. Macam selalu, kakak-kakak dan abang-abang aku adalah antara org paling sibuk. Aku terpalit sama. Bukan sibuknak attend mende tu.. hanya sibuk memasak, sibuk berkemas entertain anak2 diorang. Haha. Aku tak complain. Aku suka. Ini lah masanya aku buli anak2 buah aku sorang2. Masing2 dah makin lincah. Berkecah abis rumah aku. Sekejap je aku menyapu susun kerusi semua, sekejap lagi bila aku keluar dari dapur, semua dah senget benget balik. Baru je aku mop lantai tumpah air, sekejap lagi dah lecak sana sini. Uwaa.. rasa macam nak cubit jek sorang2.. hahaha tapi sebab diorang ni comel2 loteh semua, aku tak sampai hati. Dah salah aku jugak, beli makanan macam2.. aiskrim la itu la ini la.. mana la tak berkecah rumah aku tu.. abg aku siap cakap, 'abis la anak2 dia obes kalau duduk ngan aku lama-lama'. O la la la.. lagi montel diorang lagi aku suka nak gomol gomol!

Minggu depan lagi lah. Harus masing2 balik lewat... heee..

Thursday, March 19, 2009

Kopi Ais Kawan

Lewat malam tadi, aku ikut rentak si adik. Katanya terasa ingin supper di Kopitiam Kawan. Aku turutkan saja. Tak pernah menolak. Sekalipun waktu hampir utk tidur, masih ditawarkan segelas Kopi Ais. Aku sedut sampai habis. Sejuk tekak tika itu. Kini, aku masih terkebil2... tak boleh lena dek penangan Kopi Ais Kawan!

ye la.... aku kena belajar berkata tidak di lain kali kan?

:

Tuesday, March 17, 2009

Jitu

Aku suka suasana itu. Sepakat. Sekata. Segala idea diperah. Tercurah. Terkumpul menjadi satu penyataan yang jitu. Tepat. Segala kerja jadi mudah. Selesai. Lega.

Thursday, March 12, 2009

Handphone

Again, aku tertinggal lagi hp kat rumah. Tapi kali ini aku rasa aman sangat tanpa handphone dan banyak kerja aku boleh beres.

Pandai pula orang cari aku kat ofis bila call tak berjawab. Kata Aziz tadi, "I know where you are at this time, so I go straight to your office". Mana boleh lari katanya. Ceh. Apahal la pulak aku nak lari dari dia?

Lepas ni aku tak mo guna hp langsung boleh tak?

:D

Wednesday, March 11, 2009

Rajuk

Aku kecil hati sebenarnya. Kes semalam. Hari ni, aku cuba utk jauh. Tak mahu dekat. Tapi hati rindu. Tercari-cari. Aku gagal lagi utk merajuk. ;)

U know how and u know y.

Tuesday, March 10, 2009

If I were a boy

If I were a boy even just for a day
I'd roll out of bed in the morning
And throw on what I wanted
And go drink beer with the guys

And chase after girls
I'd kick it with who I wanted
And I'd never get confronted for it
'Cause they stick up for me

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it's broken
So they'd think that I was sleeping alone

I'd put myself first
And make the rules as I go
'Cause I know that she'd be faithful
Waiting for me to come home, to come home

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man

I'd listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he's taking you for granted
And everything you had got destroyed

It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I'd forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong

But you're just a boy
You don't understand
And you don't understand, oh
How it feels to love a girl
Someday you wish you were a better man

You don't listen to her
You don't care how it hurts
Until you lose the one you wanted
'Cause you're taking her for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy

takde apa2 maksud.. just 4 easy listening.. suara beyonce ni forever power.. touching!

Yadayada

As usual, aku tak sekata dgn ramai orang. Heee. Biarlah. Bukankah perbincangan secara ilmiah itu lebih baik dari menerima bulat-bulat. Anggaplah yang sukar itu sebagai cabaran, yang mudah itu rezeki. Jangan mudah beralah. Perbaiki mana silap dan lancarkan sebaik boleh. Tiada ada sesiapapun yang perfect.

Err.. tapi aku suka kehidupan aku sekarang. Ala ala perfecto gitu.. :D

Friday, March 6, 2009

Jambu batu

Now ni aku suka sangat makan jambu batu yg di jual kat tepi jalan tu. Banyak dah aku nampak yang menjual jambu ni and air jambu. Lagi sedap kalau jambu tu sejuk direndam dgn ais. Lepas tu kunyah ranggup.. sedappp.. hehe.

Actually now ni aku tengah pening. Memang ekonomi tengah slow. Aku faham kenapa peruntukan utk ke Canada nanti kena slash down. Tapi kan.. kalau tak cukup budget, tak payah la suruh aku pergi. Ni nak suruh jugak.. suruh cut down budget hotel.. suruh duduk hotel murah.. adei. Then suruh cari tiket flight murah jugak. Aku rasa apa yg aku cadangkan tu dah cukup reasonable. Takkan nak suruh aku naik AirFloat lak or duduk hotel cikai tempat tak senonoh? Please la. Finally after pening2 argue petang semalam, diorang terima la jugak. Tapi kan.. aku dah takde mood la nak pergi.. boring seh!

Masa ni la aku rasa macam nak kunyah jambu batu.. hehe

Sunday, March 1, 2009

Cyber and Real

Aku terbaca kisah facebook dalam email yang katanya ia adalah agen CIA. Amaran, jangan cuba letakkan apa2 details kat situ. Then aku realise, aku dah takde facebook sebab diceroboh orang itu. Aku pun dah lama tak ada apa-apa personal info or details kat cyber or even kat pc sendiri. Sebab hak aku di cyber ni memang sentiasa diceroboh oleh orang gila sorang tu. Aku tak pernah rasa nak panggil dia ni gila. Tapi kali ni, memang patut dipanggil gila. Dulu, dia kata, dia selalu ceroboh masuk tengok apa aku buat kat cyber sebab tanda care. Bodoh sungguh aku masa tu, terima bulat2 apa dia cakap. Walhal, itulah hacker no satu. Mengganggu hidup aku sepenuhnya. Well, aku pernah kata dulu tak ingin cakap pasal tu lagi and now, I really need to stop talking about him. Dammm Dimmmmm Dummmmmm..

Tapi, aku tak boleh jugak nak nafikan, cyber ni banyak temukan aku dengan orang-orang yang pernah aku sayang dan selalu aku rindukan. Izan and Mas. Both of them contact aku balik after almost 10yrs missing in action. Sejak aku masuk boarding school dulu tu. Hehe.. seminggu ni memang aku rasa overwhelming sgt.. seronok!! Tapi aku kena tahan kan sabar aku ni.. sebab Mas now ni kat Jakarta and Izan kat London.

Lately ni, aku really enjoy real life. Less engaged in cyber forum or even cyber chat. Yang sebenarnya aku terlalu sibuk to even sit on my chair and get online. Haha.. at least aku tak lagi rasa terikat dgn internet. Jauh beza dulu dan sekarang. Kalau apa-apa.. phone kan ada? Hehe...