Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan kembali lagi

Hari ni dah 7 Ramadhan. Alhamdulillah, baru ada kesempatan nak menulis.Petang first Ramdhan, aku di kejutkan dengan pemergian Ucu, adik mak yg kedua. Tak sampai setahun dia ikut jejak kakaknya. Sedih, tapi itu mungkin yg terbaik utknya setelah keluar masuk ICU beberapa kali. Moga Allah rahmati roh bonda, ayahanda, ucu dan mereka yg telah pergi meninggalkan kita semua. Amin.

Ramadhan kali ini terasa agak kosong. Tahun lepas aku sibuk berulang alik menjenguk mak di hospital JB. Kali ni, aku hanya di sini. Walau apa pun hidup mesti diteruskan. Oh ya.. sahur aku cuma tiga biji kurma Ajwa dan air kosong... terasalah slimnya selepas seminggu puasa.. hehe thanks to Ustad Zayed kita yg bagi idea ni. Agak2 lepas sebulan nanti, berapa lah berat aku ek? :P