Wednesday, June 17, 2009

Degil ke?

Sudah terlalu lama aku tangguhkan isi borang itu. Alasan aku, aku malas isi borang. Boleh tak someone isikan utk aku? Atas sebab soalan aku itu, aku kena perli. Sakit telinga. Katanya, "Kalau isi borang utk kebaikan diri sendiri pun malas, itu memang betul-betul punya malas." Ceh.. laser sungguh!

Cuma mungkin dia tidak tahu satu perkara. Kemalasan itu bukan sebab sebenar. Yang sebenar-benarnya, aku tidak mahu, tidak suka dan tidak berminat. Aku tahu dengan hanya mengisi borang itu dan menghantarnya, pasti kerja itu akan jadi milik aku. Masalahnya sekarang, ulang sekali lagi ye.. aku tidak mahu, tidak suka dan tidak berminat.

Astagafirullah.. apa la degil sangat kan? :D

No comments:

Post a Comment