Thursday, July 16, 2009

Sukar

Menulis menggunakan bahasa baku. Bukan mudah. Berkali-kali memadam dan membetulkan ayat. Selama ini, tulisan dan percakapan saya menggunakan bahasa rojak. Itu bukan bahasa sebenarnya. Pencemar bahasa. Cubalah anda, menulis serangkap ayat menggunakan bahasa melayu seratus peratus tanpa terselit bahasa pasar atau bahasa inggeris. Tentu sukar, bukan?

Sebenarnya saya telah berjanji pada diri sendiri untuk menyiapkan buku yang sudah lama terbiar. Harapnya selepas dua tiga muka surat nanti, ayat-ayat akan menjadi lancar dan mudah. Bagai orang bercinta lagaknya, cuba mengolah kata tapi tiada ayat sesuai.

2 comments:

  1. Yups...memang susah! ehh...bukan susah tapi sudah terbiasa...hehe

    -Cello-

    ReplyDelete
  2. he he he...nur berbahasa baku?? hehehehe...mmg susah nur sbb kite dah biasa ngan bhs x baku hehehe..tp andai kata ko berjaya siap kan buku tu..aku nak bace ekkk ngeeeeeee

    ReplyDelete