Tuesday, December 30, 2008

Mahu ku

Mahu aku menjadi aku, tiada samaran. Biar nampak jelas apa terpapar. Tidak aku menjadi ratu, di puja puji tiada makna.

Mahu aku merentas dunia, tiada henti. Biar jumpa apa dihajati. Tidak aku menjadi batu, tegak berdiri tiada erti.

Mahu aku bersama kamu, tiap waktu. Biar tahu apa mahumu. Tidak aku diam sendiri, tiada tahu apa berlaku.

No comments:

Post a Comment