Tuesday, June 2, 2009

Mak

Dah lama tak cerita tentang mak. Bukan aku tak mahu cerita, cuma mungkin aku tak sanggup nak cerita.

Jumaat lepas, Kak Ngah sampai dari sabah. Kesan dari panggilan telepon aku yg melampau. Aku call dia sehari sebelumnya, aku cerita tentang mak. Mak demam, kakinya bengkak, susah nak jalan. Cerita yang aku ulang2 banyak kali pada abang2 dan kakak2 aku yang lain sejak hampir sebulan lepas. Mereka datang, jenguk mak dan pulang. Tiada apa-apa kata mereka. Kak Long pulak, janjinya nak sampai minggu lepas, tak sampai2 juga. Sibuk dan kena tunggu cuti sekolah. Ye, semua sibuk. Sibuk sangat. Nasihat paling mujarab, berilah panadol, nanti surut lah demam tu.

Tapi kaki mak bengkak, mak susah nak jalan. Dah hampir sebulan. Masih begitu. Aku risau. Aku cuba terangkan. Bawalah ke hospital, kata mereka lagi. Mak taknak! Aku rasa nak jerit, biar mereka faham. Tapi tak terkeluar. Tenggelam dalam sebak. Tak apalah, aku mengalah. Aku jemput doktor dari klinik datang ke rumah, tengok keadaan mak. Doktor pesan, tak boleh biarkan. Bawa lah ke hospital, katanya. Aku bingung.

Jadi, Khamis lepas puncak segalanya. Aku call Kak Ngah, cerita pada Kak Ngah, penuh perasaan. Tak sangka pula, esoknya, Kak Ngah tiba-tiba sampai depan rumah. Aku lega. Terus Kak Ngah pujuk mak bawa ke hospital. Berkesan. Mak setuju. Akhirnya. Kerisauan aku selama ini memang berasas. Darah tinggi, jantung lemah, kencing tak lawas, semua ada. Kesan dari tu lah yg buat kaki mak bengkak, demam pasang dan surut.

Lepas tu, baru lah masing2 sibuk call tanya itu ini. Adeila.. takkan setakat bertanya je? Datang lah sini, berbuatlah sesuatu.. aku tak mampu lakukannya seorang diri.

4 comments:

  1. Nasiplah ur mom...finally agreed go to hospt...

    semua mom pun macam tu sebenarnya...bukan degil tapi yang depan mata ni susah sket diorang mo dengar...mungkin juga dia rindukan yang lelain...

    kita sama nur...tinggal mom saja yang ada...cuma situasi saja yang berlainan...hehe

    -Cello-

    ReplyDelete
  2. camne keadaan dia skang..harap2 dah sihat ye nur..

    ReplyDelete
  3. ye cello.. gitu lah org tua. Esok kita tua nanti tak tau lak camne..hehe

    jiejah.. mak aku dah ok sikit now ni. Keadaan tenang, so darah tinggi dah surut. Lega.

    ReplyDelete
  4. salam..try la bg mak tu minum jus akar kayu..
    sekadar berusaha ape slhnyer kan :))

    sila tgok kat blog saye ttg jus akar kayu tue..

    ReplyDelete