Wednesday, March 24, 2010

Dingin

Semakin lama perang dingin ini berlanjutan, semakin payah utk pulih. Aku tahu ini. Tapi, aku terlalu angkuh untuk mengaku kesilapan itu. Aku juga tahu, dia tidak akan merendah diri menghampiri aku selagi aku tidak menyerah kalah beralah. Entah apa yang menghantui hati, merasuk fikiran, aku semakin degil keras hati tidak mahu menyerah. Bukan aku sombong, bukan aku ego, cuma hati terlalu terguris atas tuduhan melulu. Aku bukan seperti sangkanya. Aku tidak sejahat dan seburuk itu. Aku tak mampu utk katakan. Biarlah. Diam itu mungkin lebih baik. Entah.

2 comments:

  1. kenkadang kalo terllau diamkan diri boleh membuatkan orang lain terasa hati :)

    ReplyDelete