Monday, October 25, 2010

Rezeki

Aku tak patut rasa tension pagi-pagi ni. Sebab semuanya salah aku jugak. Cepat sangat nak commit, cepat sangat setuju. Baik sangat. Ye la tu baik sangat. Masalahnya sekarang, kerja lama tak siap lagi, aku dah nak kena start buat kerja baru. Bukan kah itu maknanya aku saja cari pasal? Susah sangat ke nak menolak? Aku ada seminggu dua ni je lagi. Itu bermakna, aku kena kerja siang malam. So, kalau tengah2 malam korang nampak aku online, sila2 lah tegur ek.. tidak lah aku keseorangan.. :D

Somehow, aku patut juga bersyukur dengan apa yang berlaku lately ni. Alhamdulillah, rezeki sentiasa berpihak pada aku. Life is not that bad, after all. Yang penting, usaha dan biarlah apa orang lain nak kata. Masih ada yang sayang.. gitu.. hehe. I'm happy now, and hopefully forever. Amin.

Rezeki ini semua kan milikNya, kita hanya dapat secebis dari nikmatnya. Itupun sudah rasa terlalu bahagia.

No comments:

Post a Comment