Friday, January 1, 2010

010110

Dah lama sebenarnya aku tak chat dgn Brian. More than three months kot. Dia tentu tahu, aku tak suka diganggu bila aku tak balas lagi email2 dia. Until last week, aku tak dapat nak avoid bila dia on chat dan aku terlupa nak invisible. Nasib. Nada chat agak keras.. marah? geram? entah lah.. tapi bila aku cerita tentang satu kehilangan yang aku lalui baru-baru ni, baru dia faham.

Not that aku taknak bercakap dgn dia lagi, just that aku rasa aku dah lama tak siapkan kerja2 team UK. Semua tergantung. Mungkin diorang settlekan sendiri, entah.. aku tak ambik tahu. Masa tu kan aku tengah serabut, mak sakit dan akhirnya pergi meninggalkan aku. Good reason kan? Sampai sekarang aku tak contact team tu lagi. Aku rasa so down and dont know where to start again. Aku lepaskan semua yang aku ada. Ignore apa yang patut aku siapkan. Menyusahkan orang yang menanti dan mengharap kerja-kerja aku. Mungkin jugak aku tak pandai nak berkata tidak. Entahlah. Aku rasa dgn cara ignoring them, semua itu boleh settle. Sama juga dgn kerja2 aku kat sini. Aku ignore totally, sampai lah last week aku sedar banyak sangat kerja bertimbun dan demand attention. Yang aku fikir cuma nak cari kerja lain, travel sana sini.. kononnya nak lapangkan hati tapi yang sebenarnya lari dari semua masalah yang aku timbulkan sendiri. So now, aku left with this feelings, guilty!

Last night, bila aku terbaring dan kebosanan, aku akhirnya dapat berfikir dengan waras. Aku tak boleh selamanya lari dan pretend semua akan ok bila aku abaikan dan tinggalkan segalanya yang sepatutnya aku selesaikan dgn baik. Aku tak boleh beralih arah begitu saja dan biarkan rasa guilty itu menhantui aku sepanjang hidup aku nanti.

Ok, now.. aku tarik nafas panjang. Atur satu-satu, approach sorang-sorang dan settle satu-satu. Kalau nak marah, marahlah. Memang salah aku. Aku juga manusia biasa... bukan kuat manapun.

Although people call me perfectionist, I'm not a 'rightist'. I'll do something until it is right before move to next thing.

Happy new year 2010, everyone!






2 comments:

  1. same to u cello.. aku nak order vitamins daily.. stock dah out.. uwaa

    ReplyDelete