Sunday, January 2, 2011

010111 at 11.11pm

Alhamdulillah, waktu itu baru selesai menikmati hidangan di tepi pantai bagan lalang. Satu meja penuh, satu keluarga besar, abang kakak adik dan keluarga mereka. Cuma yg tiada, kedua orang tua.. alfatihah. Permulaan yang baik utk tahun 2011. Walaupun hanya sekadar usik2 nakal tentang itu ini, ia amat menyeronokkan, membahagiakan.

Selesai makan2, kami duduk2 di tepi pantai, mengadap ke laut, senyap. Menikmati indahnya bayu malam. Walau tiada apa yg kelihatan, kami tahu itu laut. Terasa udara nyaman kuat bertiup, dan kami tahu, tahu sangat, itu tanda kekuasaanNya, keagunganNya. Setiap kali nafas ku hela, setiap kali itu aku bersyukur kerana diberi peluang utk terus hidup, menikmati segala limpah rahmatNya. Semoga hari2 yg akan datang menjanjikan sesuatu yang lebih menyakinkan. Aminnnn..

No comments:

Post a Comment