Tuesday, January 25, 2011

Bila mata tak boleh lelap...

Dah tak tahu apa nak tulis, tapi nak tulis juga. Mungkin dah jarang2 sangat update. Ada rasa ingin diluah, tapi tak terluah. Penat, letih buatkan mata tak boleh nak lelap. Esok, aku patut merehatkan diri. Tapi otak aktif nak sudahkan kerja. Lagipun, minggu lepas tak rest langsung, weekendpun full with meetings. Like hell...

Ada appointment with dentist on Wed morning. Tapi masalahnya, ada meeting lak on that day... pagi sampai petang. Hmm.. alternatively, aku pergi esok je lah. So ada reason not to work tomorrow. Yeah.. cuma yang menakutkan adalah.. apa yg dentist nak buat dgn gigi aku ni ek.. uwaa.. hopefully nothing bad.

Satu hal lagi, aku start pakai spec last two weeks. Dah rabun mata aku ni. Not because aku dah tua.. err. tapi sebab aku guna netbook ni kot.

Dua notebook compaq aku dah let go kat anak2 sedara.. tu pun lepas satu tu diorang dah curahkan air atas keybod. Although aku dapat jugak repair balik lepas terbang Rm500, aku rasa dah tak syok nak pakai notebook tu lagi. Setakat dah dapat selamatkan report2 aku dari notebook tu, aku dah bersyukur sgt. Lepas tu aku sedekah terus je la notebook tu kat dia. Yang satu lagi tu pulak ..abis semua keypad dikopeknya.. menjerit aku dibuatnya. Heee... aku repair la jugak .. terbang RM180. Gila la.. then bila dah ok tu, aku cuba lah guna. Oleh sebab keypad tak original.. aku menaip pun tersangkut2. Oleh sebab ituuuuuuuuuu.. aku sedekah lagi kat anak sedara aku yg sorang lagi.. seronok bukan main. Walaupun dlm hati aku, harap lah abang aku bagi sikit pampasan kat aku ni.. tapi macam biasa harapan tinggal harapan.. huwaaa..

Then, MAC air aku tu, hehe.. terlebih sayang dan aku jarang guna.. err actually aku tak geti nak guna..banyak sgt masalah bila nak convert, link dll dgn file microsft.. entah lah.. dulu ada lah si dealer tu pesan suruh aku attend kelas pasal MAC ni, tapi aku dgn egonya kata..its ok i can learn myself.. konon nak trial n error. hehe. Tapi tak sempat2 lagi aku nak explore.. masalahnya, adik aku lah yg rajin mem'borrow'. Bila dah selalu sgt.. aku pun dah tak geti nak mintak balik. Nasib..

Yang paling banyak berjasa dengan aku sejak januari tahun lalu.. toshiba NB305 ni lah. Kecil, long hour battery life. Aku suka sgt. Caj satu malam, esok satu hari aku wireless.. tak payah nak caj2. Cuma... kesan jangka panjang, mata aku rosak.. jadi rabun...dan sebab tu lah aku kena guna spek sekarang. Power boleh tahan jugak. Hmm.. sabar je lah. Somehow, aku kena tukar balik guna notebook.. sebelum mata aku makin rabun kan? Netbook patutnya utk guna2 kejap2 je... tapi aku guna 24 jam.. heeee

OK, conclusionnya.. aku nak beli notebook baru.. hehe... dividen ASB pun dah masuk, takde reason lah tak beli satu.. :D

3 comments: