Thursday, May 7, 2009

Paku dulang Paku serpih

Pakcik ni (aku selalu address lelaki as pakcik bila aku tak suka dia, haha), selalu marah2 pasal undang2 kerajaan BN yg tak telus penuh rasuah etc etc. Dia tak percaya pada polis, pada mahkamah. Aku selalu hanya dengar saja. Malas nak gaduh mulut. Pagi ni, pakcik ni datang duduk sarapan satu meja dgn aku. Dia tersengeh lebar. Aku tanya kenapa happy sangat sedangkan punyalah serabut muka dia semalam. Aku tegur dia semalam pun dia tak jawab.

Dia kata, ada org buat report polis pasal anak saudara dia. Semalam dia risau. Hari ni dia lega sebab Sarjan Mejar yg urus kes anak saudara dia ni kawan baik abang dia. Dah belanja makan malam tadi and kes tu dah ditutup serta merta dan fail akan dihilangkan.

Dalam hati aku: Ceh! patut la kata undang2 tak boleh percaya, dia sendiri yg amalkan rasuah. Dia sendiri yg sokong rasuah. Paku dulang Paku Serpih. Mengata orang dia yang lebih.






No comments:

Post a Comment