Tuesday, May 26, 2009

Apa sudah jadi wahai lelaki??

Aku masih tak rasa ngantuk. Aku nak mengarut sikit kat sini. Tentang lelaki. Ada beberapa perkara yang aku masih tak faham dengan perangai lelaki.

Situasi 1:

Kenapa masih ada lelaki yang kedekut dgn perempuan? Haha.. apa la. Ini kisah benar. Siang tadi, aku join sorang kakak ni dgn boyfriend dia keluar makan. Kakak ni kata nak makan kat satu kedai ni. Then bf dia kata, sana mahal. Kakak tu terus senyap. Aku rasa la kan, sure dia tersentap. Adei la, kalau aku jadi kakak tu, mahu aku mogok tak jadi lunch. Heee.. berkira sungguh. Dgn gf sendiri lak tu.. apa sudah jadi wahai lelaki??

Situasi 2:

Kenapa lelaki pemalas? Kisah benar juga. Pasangan yang sama juga. Kami duduk semeja. Aku dan kakak tu, ke kaunter order makanan dan minuman. Kakak tu order dua set, maybe satu utk bf dia. Lepas order kami duduk semula di meja. Bila makanan dah ready, org kat kaunter tu pun panggil suruh ambil makanan. Self service gitu. Tapi yg bf kakak tu selamba jek duduk buat2 tak dengar sambil picit2 hp. Kakak tu lah jugak dua kali ulang alik nak ambikkan makanan dia sendiri dan makanan bf dia tu. Adui lah.. aku tak boleh la tengok lelaki pemalas macam tu.. n harapkan tenaga wanita jek.. heee.. apa sudah jadi wahai lelaki??

Situasi 3:

Lelaki suka ambil kesempatan? Di kaunter tiket panggung wayang, sepasang suami isteri (sah la suami isteri kot sebab nampak si isteri macam sarat mengandung) sedang membeli tiket. Si isteri hulur duit kat kerani kaunter. Si suami hulur tangan ambil duit baki dari kerani kaunter. Dan hati aku pun berkata-kata, sungguh baik hati si isteri membelanja si suami menonton movie dan memberi baki harga tiket nya pada si suami utk 'simpanan'. Aiya! apa sudah jadi wahai lelaki???



No comments:

Post a Comment