Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru semalam aku menulis tentang tahun baru 2008. Banyak perkara yang berlaku, telah berlalu. Tahun lalu, aku biarkan takdir dan perjalanan masa tentukan segalanya. Tahun ini tidak lagi. Aku rancang dan akan aku usahakan agar apa yang berlaku nanti adalah apa yang aku inginkan, bukan sekadar impian. Semoga dipermudahkan dengan izinNya.

Aku teringat pada kata-kata seorang professor. Kalau menilai seseorang, jgn dinilai dari kisah silamnya, kerana kisah itu sudah berlalu. Nilai lah dia dari apa yg dia lakukan hari ini dan perancangannya tentang hari esok kerana itulah dia yang akan bersama kita hari ini dan esok.

Semalam sudahpun menjadi sejarah, hari ini kenyataan dan esok adalah harapan.

No comments:

Post a Comment